IMPAK LATIHAN INDUSTRI TERHADAP KESIAPSIAGAAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KE ALAM PEKERJAAN
Keywords:
TVET, impak latihan industri, kesiapsiagaan kerjaya, pelajar Kolej KomunitiAbstract
Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan latihan industri dari perspektif pelajar Program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan di beberapa Kolej Komuniti terpilih. Seramai 50 orang pelajar semester empat dari Kolej Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Kok Lanas, Kolej Komuniti Paya Besar dan Kolej Komuniti Kulim telah terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam aspek pengetahuan, kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah, serta menganalisis impak latihan industri terhadap tahap kesediaan mereka untuk memasuki alam pekerjaan. Instrumen kajian berupa soal selidik telah digunakan dan diadaptasi daripada Buku Panduan Pelaksanaan Latihan Industri Kolej Komuniti Edisi 2022. Hasil dapatan menunjukkan bahawa latihan industri memberikan impak positif kepada pelajar. Sebanyak 4.58% responden melaporkan peningkatan dari segi pengetahuan, 4.64% dalam kemahiran praktikal, dan 4.59% dalam kemahiran insaniah. Selain itu, pelajar turut menunjukkan tahap kesediaan yang tinggi hasil pendedahan awal dan bimbingan daripada pihak kolej sebelum memulakan latihan industri. Secara keseluruhan, latihan industri dilihat sebagai komponen penting dalam pembangunan kompetensi pelajar serta membantu mereka merancang kerjaya dalam bidang pengiklanan dan multimedia. Justeru itu, penambahbaikan berterusan terhadap pelaksanaan latihan industri perlu diberi perhatian oleh pihak kolej dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti agar selari dengan keperluan industri semasa.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.