KEBERKESANAN PROGRAM UPAYA BAKAT KOMUNITI DAN PENINGKATAN KEMAHIRAN SERTA PENJANAAN EKONOMI TERHADAP KOMUNITI DI DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
Keywords:
Keberkesanan program, pembangunan komuniti, usahawan B40, latihan kemahiran, keusahawananAbstract
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan Program Upaya Bakat Komuniti Tahun 2024 terhadap peningkatan kemahiran serta penjanaan ekonomi dalam kalangan usahawan komuniti B40 di daerah Seberang Perai Selatan. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, dengan sasaran utama kepada kumpulan usahawan kecil atau usahawan B40 yang berpotensi untuk diperkasa melalui latihan kemahiran dan keusahawanan. Bagi menjamin Kolej Komuniti Nibong Tebal kekal relevan sebagai hub Pembelajaran Sepanjang Hayat kepada komuniti setempat, pelaksanaan penulisan ini bagi melihat sejauh mana program dapat memenuhi permintaan mereka. Tiga kursus utama ditawarkan dalam program ini iaitu Kursus Asas Teknologi Retort, Kursus Pastri dan Kursus Urutan Tradisional & Rawatan Herba, yang dirangka khusus untuk meningkatkan keupayaan peserta dalam menjana pendapatan secara berdikari. Responden program ini difokuskan kepada 60 peserta dari komuniti setempat daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Penulisan adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif bagi mengumpul data daripada peserta daripada 3 kursus tersebut. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen borang soal selidik dalam talian dan kemudiannya diedarkan menggunakan Google Form. Hasil kajian mendapati tahap kepuasan peserta adalah tinggi, dan program ini telah memberikan impak positif dari segi peningkatan kemahiran, keyakinan diri, serta kesediaan untuk mengembangkan aktiviti keusahawanan. Malah, program ini turut menyumbang kepada pembentukan kelompok usahawan komuniti B40 yang baharu serta memperkukuhkan kedudukan usahawan kecil sedia ada. Dapatan ini menunjukkan bahawa program ini berupaya menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi komuniti setempat dan wajar diteruskan dengan penambahbaikan berterusan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.