PENILAIAN SEMULA REKA BENTUK RUANG PEMBELAJARAN BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG LEBIH KONDUSIF DALAM BENGKEL DANDANAN RAMBUT

Authors

  • Mohamad Farhan Bin Rahman Kolej Komuniti Kota Melaka, Malaysia
  • Abdul Rashid Bin Talib Politeknik Merlimau, Malaysia

Keywords:

ruang pembelajaran, persekitaran kondusif, bengkel dandanan rambut, ergonomik, pendidikan TVET

Abstract

Kajian ini meneliti keperluan pembangunan ruang pembelajaran yang kondusif dalam bengkel dandanan rambut di institusi vokasional khasnya di Kolej Komuniti Kota Melaka. Melalui pendekatan kualitatif, kajian ini melibatkan 44 responden terdiri daripada 37 pelajar dan 7 pensyarah bidang dandanan rambut. Data diperoleh melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian lapangan dan analisis dokumen. Kajian ini mengenal pasti isu-isu utama berkaitan persekitaran fizikal bengkel rambut dan mencadangkan strategi pembangunan semula ruang yang menyokong pembelajaran berkesan. Dapatan menunjukkan bahawa pencahayaan, ventilasi, susun atur ruang, dan keselamatan merupakan faktor kritikal yang mempengaruhi keselesaan dan prestasi pelajar. Kajian ini mencadangkan pendekatan reka bentuk modular dan fleksibel sebagai solusi jangka panjang, disokong oleh pendekatan yang melibatkan pelajar dan pensyarah dalam reka bentuk ruang untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Bin Rahman, M. F., & Bin Talib, A. R. (2025). PENILAIAN SEMULA REKA BENTUK RUANG PEMBELAJARAN BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG LEBIH KONDUSIF DALAM BENGKEL DANDANAN RAMBUT. SPSH 2025, 141–150. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/246

Issue

Section

Organizational Management and Administrative Systems