KAJIAN KEBERKESANAN LATIHAN INDUSTRI BAGI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI JASIN
Keywords:
latihan industri, keberkesanan, pelajar Kolej Komuniti Jasin, majikanAbstract
Pendidikan teknikal dan vokasional iaitu TVET adalah satu bentuk pendidikan yang lebih menekankan kepada latihan praktikal dan kemahiran teknikal yang relevan dengan keperluan industri kini. Sehubungan dengan itu, latihan industrI adalah komponen penting dalam memperkasakan kemahiran teknikal, komunikasi dan profesionalisme pelajar.Salah satu pendekatan dalam melahirkan tenaga kerja mahir adalah dengan menjalani latihan industri bagi persediaan sebelum memasuki pasaran kerja Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap keberkesanan pelaksanaan latihan industri dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Jasin dari aspek kemahiran praktikal, pengetahuan dan kemahiran insaniah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada majikan yang terlibat dalam latihan industri pelajar. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran pelajar, tahap kepuasan majikan, serta cabaran yang dihadapi sepanjang tempoh latihan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min tertinggi bagi aspek kemahiran insaniah iaitu pelajar menerima teguran secara positif dengan min 4.52 dan diikuti pula di mana terdapat 3 item bagi aspek kemahiran praktikal yang mencatakan min 4.51 iaitu pelajar didedahkan dengan kemahiran yang bersesuaian berdasarkan keperluan kerja, pelajar mematuhi prosedur kerja yang ditetapkan dan pelajar mematuhi ciri-ciri keselamatan di tempat LI. Walaubagaimanapun min terendah adalah 3.74 dari aspek kemahiran insaniah iaitu pelajar dalam berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Secara umumnya, latihan industri memberi impak positif terhadap pembangunan kemahiran pelajar, namun terdapat beberapa aspek yang memerlukan penambahbaikan seperti kesesuaian penempatan latihan dan persiapan dalam penyediaan pelajar dari aspek insaniah dan kepimpinan sebelum mereka melangkah kaki ke latihan industri. Kajian ini mencadangkan agar pihak kolej memperkukuh hubungan dengan industri bagi memastikan penempatan pelajar selaras dengan bidang pengajian dan pembelajaran dalam memberi peluang pekerjaan selepas tamat latihan serta memperkemas mekanisme pemantauan latihan industri agar lebih berfokus dan efektif.Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan rujukan bagi penambahbaikan dasar latihan industri di institusi pendidikan teknikal dan vokasional.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.