PROGRAM UPAYA BAKAT DI KOLEJ KOMUNITI MUAR MENINGKATKAN SOSIOEKONOMI PENDUDUK SETEMPAT

Authors

  • Zaliha Senin Kolej Komuniti Ledang, Malaysia
  • Siti Normah Suib Kolej Komuniti Batu Pahat, Malaysia
  • Hanimarlia Hassann Kolej Komuniti Ledang, Malaysia

Keywords:

Program Upaya Bakat, sosioekonomi, kemahiran komuniti

Abstract

Program Upaya Bakat anjuran Kolej Komuniti Muar, Johor merupakan inisiatif Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang bertujuan meningkatkan kemahiran penduduk setempat melalui kursus jangka pendek seperti Pastri, Terapi Kecantikan dan Spa, serta Dandanan Rambut. Program ini dilaksanakan dengan penglibatan 65 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang demografi, termasuk 45 peserta wanita dan 20 peserta lelaki. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan program dalam meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat dan menilai tahap kepuasan peserta terhadap pelaksanaan program. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian yang merangkumi empat bahagian iaitu maklumat demografi, tahap penyertaan dalam program, kesan program terhadap sosioekonomi, serta pandangan dan cadangan peserta. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26. Hasil kajian menunjukkan bahawa peserta memberikan maklum balas yang positif terhadap program yang dijalankan. Bahagian B: Tahap Penyertaan Peserta dalam Program mencatatkan nilai min keseluruhan sebanyak 4.20, menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi terhadap pelaksanaan dan kandungan program. Bahagian C: Kesan Penyertaan Dalam Program Upaya Bakat Terhadap Sosioekonomi Peserta pula memperoleh nilai min keseluruhan 4.19, yang menggambarkan keberkesanan program dalam membantu peserta menjana pendapatan dan meningkatkan taraf hidup mereka. Manakala, Bahagian D: Tahap Kepuasan Peserta Terhadap Program Upaya Bakat menunjukkan tahap kepuasan yang sangat tinggi dengan nilai min keseluruhan 4.30. Berdasarkan dapatan ini, adalah disarankan agar program sebegini diteruskan dan diperkasakan dengan penambahbaikan dari aspek promosi, fasiliti, serta penyediaan peluang lanjutan latihan dan pembiayaan kepada peserta yang berpotensi.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Senin, Z., Suib, S. N., & Hassann, H. (2025). PROGRAM UPAYA BAKAT DI KOLEJ KOMUNITI MUAR MENINGKATKAN SOSIOEKONOMI PENDUDUK SETEMPAT. SPSH 2025, 358–365. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/241

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development