TAHAP PENGGUNAAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) WITH NUMBERING DALAM MENJANA IDEA PERNIAGAAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DAN POLITEKNIK

Authors

  • Latifa Nen Kolej Komuniti Ledang, Malaysia

Abstract

Penjanaan idea perniagaan di dalam kelas telah melalui satu proses inovasi yang mana para pelajar  telah diperkenalkan dengan templat Business Model Canvas with numbering yang menggabungkan blok berwarna-warni dan elemen-elemen BMC dipersembahkan secara sistematik mengikut urutan nombor. Pendekatan ini dijangka dapat memperbaiki pemahaman pelajar, merangsang kreativiti dalam menjana idea perniagaan, serta menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan tersusun. Justeru, penyelidikan ini dijalankan bagi menilai tahap kefahaman pelajar terhadap struktur dan elemen dalam Business Model Canvas (BMC) selepas menggunakan templat BMC with numbering. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan templat tersebut dapat merangsang kreativiti pelajar dalam menjana idea perniagaan yang tersusun dan relevan. Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk tinjauan melalui soal selidik. Seramai 131 orang pelajar kolej komuniti dan politeknik dalam pelbagai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Unit Keusahawanan zon Johor telah dipilih menjadi responden kajian. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 28 bagi mendapatkan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan templat BMC with numbering ini berupaya merangsang fokus pelajar, menjadi alat interaktif yang berkesan dalam proses PdP,menjadikan suasana kelas lebih menyeronokkan dan membina persaingan yang positif. Sebagai rumusan, penggunaan templat BMC with numbering dapat meningkatkan motivasi pelajar dan juga boleh dicadangkan sebagai salah satu kaedah pedagogi yang baik untuk melihat tahap pencapaian pembelajaran pelajar di dalam kelas.

Kata kunci: Penjanaan idea perniagaan, Business Model Canvas, pelajar kolej komuniti, pelajar politeknik

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Nen, L. (2025). TAHAP PENGGUNAAN BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) WITH NUMBERING DALAM MENJANA IDEA PERNIAGAAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DAN POLITEKNIK. SPSH 2025, 145–156. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/238

Issue

Section

Entrepreneurship, Digital Economy, Business, and Finance