KEBERKESANAN KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 'ASAS POWER BI' DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Authors

  • Mazuin Stapah@Salleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia
  • Azfariza Azizi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia

Keywords:

Power BI, visualisasi data, National Training Week (NTW), Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), analisis

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan Kursus Asas Power BI yang telah dilaksanakan secara dalam talian sempena Program National Training Week (NTW) 2025. Kursus ini dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang bertujuan untuk mempertingkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam menghasilkan visualisasi data, melakukan analisis dan berkongsi maklumat secara efektif menggunakan Power BI. Kajian ini melibatkan penyertaan seramai 274 orang peserta daripada pelbagai latar belakang yang telah melengkapkan soal selidik pra dan pasca kursus. Borang soal selidik mengandungi item-item berkaitan tahap pengetahuan dan kemahiran asas Power BI serta tahap kepuasan terhadap pelaksanaan kursus. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan skala Likert 5 mata. Dapatan menunjukkan peningkatan skor purata pengetahuan peserta daripada 2.32 (SP = 1.29) kepada 4.11 (SP = 0.77) selepas kursus. Skor purata kepuasan peserta pula adalah 4.37. Secara keseluruhannya, kursus ini memberi kesan positif dalam meningkatkan literasi analitik peserta dewasa dan memperkukuh lagi keberkesanan pelaksanaan program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) berasaskan kemahiran digital.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Stapah@Salleh, M., & Azizi, A. (2025). KEBERKESANAN KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT ’ASAS POWER BI’ DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH. SPSH 2025, 280–290. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/237

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development