TAHAP KEPUASAN KERJA KAKITANGAN KOLEJ KOMUNITI TAWAU BERDASARKAN ASPEK PENGURUSAN DAN KEBAJIKAN
Keywords:
Tahap kepuasan kerja, pengurusan, kebajikan, Kolej Komuniti TawauAbstract
Salah satu ukuran penting untuk mengukur tahap pengurusan sumber manusia yang berkesan dalam sesebuah organisasi ialah tahap kepuasan kerja pekerja. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap kepuasan kerja kakitangan Kolej Komuniti Tawau terhadap aspek pengurusan dan kebajikan serta mengkaji bagaimana faktor demografi memberi kesan kepada kepuasan kerja. Sampel kajian terdiri daripada 67 orang kakitangan Kolej Komuniti Tawau yang dipilih melalui kaedah pensampelan menyeluruh (total population sampling). Instrumen kajian ialah soal selidik berskala Likert lima mata yang dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan program SPSS versi 27. Dengan pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.977, ia menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap kepuasan kakitangan terhadap aspek pengurusan berada pada tahap sangat tinggi (min = 4.23), manakala aspek kebajikan berada pada tahap tinggi (min = 4.03). Faktor demografi seperti jantina, skim perkhidmatan dan tempoh perkhidmatan tidak menunjukkan perbezaan signifikan terhadap tahap kepuasan kerja. Kajian ini menyumbang kepada pengukuhan dasar pengurusan sumber manusia dalam institusi pendidikan teknikal, khususnya dalam merangka strategi yang lebih responsif terhadap pembangunan kerjaya dan penyediaan kemudahan sokongan yang kondusif.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.