PENGARUH PENEROKAAN KERJAYA DALAM PEMILIHAN PEKERJAAN LULUSAN TVET MALAYSIA
Keywords:
Penerokaan Kerjaya, Pelajar TVET, Keputusan Kerjaya, Kajian Kuantitatif, SPSSAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penerokaan kerjaya dalam kalangan pelajar TVET di Malaysia sebagai persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan seramai 246 orang pelajar sebagai sampel. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik, manakala analisis data dijalankan melalui pendekatan deskriptif dan inferensi. Antara analisis yang digunakan termasuk Skor Min, Ujian ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson, dengan bantuan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22. Hasil kajian mendapati bahawa tempoh penerokaan kerjaya serta inisiatif pelajar dalam aktiviti tersebut berada pada tahap tinggi (skor min=4.26). Kajian turut menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam tahap penerokaan kerjaya dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti (p = .957), pelajar Politeknik (p = .957), dan pelajar dari institusi lain (p = .957). Selain itu, keputusan korelasi antara penerokaan kerjaya dan keputusan kerjaya menunjukkan hubungan yang sangat kuat dengan nilai korelasi sebanyak 0.788. Penemuan ini membuktikan bahawa proses penerokaan kerjaya berperanan besar dalam membentuk keputusan kerjaya pelajar pada masa akan datang.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.