INOVASI TEKNOLOGI DALAM PENGURUSAN MASJID: KAJIAN KES SMART SHOE RACK DI MASJID AL-MUTTAQIN, MASJID TANAH
Keywords:
teknologi pintar, pengurusan fasiliti, IoT, Smart Shoe RackAbstract
Penggunaan teknologi pintar dalam pengurusan masjid semakin berkembang seiring dengan keperluan pengurusan fasiliti yang lebih efisien dan sistematik. Kajian ini meneliti penerimaan dan persepsi jemaah terhadap inovasi Smart Shoe Rack berasaskan IoT di Masjid Al-Muttaqin, Masjid Tanah. Inovasi ini dibangunkan bagi menangani isu pengurusan dan kehilangan kasut melalui penggunaan sensor pintar dan pencahayaan automatik berkuasa solar. Pendekatan kuantitatif digunakan dengan mengedarkan soal selidik kepada 53 orang responden untuk menilai tahap kepuasan, kebolehgunaan, keselamatan, dan kesediaan menerima teknologi. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti responden memberikan maklum balas yang sangat positif dengan min skor melebihi 4.5 bagi semua aspek penilaian. Smart Shoe Rack didapati berkesan dalam memudahkan pengurusan kasut, meningkatkan keselamatan, dan mengekalkan kebersihan ruang. Selain itu, lebih 90% responden bersedia menerima lebih banyak teknologi pintar di masjid. Cadangan penambahbaikan seperti pencahayaan lebih terang, pemasangan di lebih banyak lokasi, dan penerangan lebih jelas tentang fungsi IoT. Dapatan kajian membuktikan bahawa inovasi ini bukan sahaja relevan tetapi juga berpotensi untuk diperluas ke masjid-masjid lain.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.