PEMBANGUNAN KIT DEMOSTRASI SISTEM PENDAWAIAN FASA TUNGGAL BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KURSUS SEW20023 DI KKMT
Keywords:
Alat Bantu Mengajar, Kit Demonstrasi, Sistem Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal, Kolej KomunitiAbstract
Kit Demostarsi Sistem Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal merupakan alat bantu mengajar (ABM) inovatif yang direka untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam pendawaian elektrik. Dibangunkan untuk mengatasi kekurangan alat demonstrasi interaktif dalam pendidikan teknikal, kit ini memudahkan pemahaman konsep teknikal yang kompleks melalui pendekatan praktikal. Kit pembelajaran yang dibangunkan tidak hanya mudah alih dan selamat tetapi juga efektif dalam menyampaikan konsep asas pendawaian elektrik.Kajian ini melibatkan seramai 60 orang responden yang mengambil kursus SEW20023. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ini menggunakan borang soal selidik berskala likert sebagai instrument kajian. Hasil kajian menunjukkan 92.8% responden memberikan penilaian positif (skor 4 dan 5 pada skala Likert) terhadap keberkesanan Kit Demonstrasi dalam meningkatkan kefahaman mereka dalam pembelajaran pendawaian elektrik. Kesimpulannya, Kit Demonstrasi ini merupakan ABM inovatif yang efektif meningkatkan kefahaman pelajar dan menyumbang besar dalam pendidikan teknikal elektrik
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.