PERSEPSI PELAJAR DAN PENSYARAH TERHADAP PENGGUNAAN ICABLE MANAGER DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BENGKEL ELEKTRIK
Keywords:
i-Cable Manager, pengurusan kabel, pemotongan automatik, kecekapan kerja, keselamatanAbstract
Kajian ini menilai persepsi pelajar dan pensyarah di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) terhadap penggunaan iCable Manager sebagai satu inovasi dalam pengurusan kabel untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bengkel pemasangan elektrik. Seramai 159 pelajar dan 10 orang pensyarah yang terlibat dengan kursus pemasangan elektrik telah terlibat sebagai responden. iCable Manager ialah satu sistem pengurusan kabel pintar yang dilengkapi dengan sistem gulungan automatik, brek pintar untuk keselamatan, dan kawalan melalui aplikasi mudah alih. Kajian menggunakan kaedah soal selidik berstruktur berasaskan skala Likert 5 mata untuk mengukur kebolehgunaan, kesan terhadap PdP, dan tahap penerimaan teknologi. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa iCable Manager berjaya meningkatkan produktiviti (min=4.66) dan mengurangkan masalah kekusutan kabel (min=4.94) dengan ketara. Reka bentuknya juga dinilai sangat mudah digunakan (min=4.99). Inovasi ini bukan sahaja berpotensi sebagai alat bantu mengajar yang efektif malah mampu mentransformasi pengendalian bengkel ke arah yang lebih selamat, sistematik, dan mesra teknologi. Beberapa cadangan penambahbaikan seperti aspek ketahanan bahan dan pengurangan saiz produk turut dikemukakan. Kesimpulannya, iCable Manager mempunyai potensi besar untuk diaplikasikan dalam latihan kemahiran teknikal serta sektor-sektor lain yang memerlukan pengurusan kabel yang cekap dan selamat.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.