KEBERKESANAN KURSUS MICROSOFT WORD INTERMEDIATE DALAM KALANGAN PESERTA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

Authors

  • Azrul Hisham Shuib Kolej Komuniti Arau, Malaysia
  • Mazuin Stapah@Salleh Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia
  • Azfariza Azizi Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia

Keywords:

Microsoft Word, fungsi lanjutan, kemahiran digital, kepuasan peserta, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan Kursus Microsoft Word Intermediate yang dianjurkan secara dalam talian selama dua jam sempena Program National Training Week 2025 oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan fungsi lanjutan Microsoft Word secara profesional. Seramai 126 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah terlibat dalam kajian ini. Peserta diberikan borang soal selidik pra dan pasca kursus untuk menilai keberkesanan kursus dari aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran berkaitan fungsi lanjutan dalam Microsoft Word serta tahap kepuasan peserta terhadap pelaksanaannya. Instrumen kajian tersebut menggunakan Skala Likert 5 mata. Dapatan menunjukkan berlaku peningkatan skor purata pengetahuan daripada 3.47 (SD = 1.18) sebelum kursus kepada 4.47 (SD = 0.64) selepas kursus. Manakala skor kepuasan terhadap pelaksanaan kursus mencatat nilai purata yang tinggi iaitu 4.59. Secara keseluruhan, kursus ini terbukti berkesan dalam membantu peserta meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Word ke tahap yang lebih tinggi. Kajian ini mengukuhkan lagi peranan PSH dalam menyokong usaha kerajaan memperkasa kemahiran digital rakyat melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang fleksibel dan relevan.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Shuib, A. H., Stapah@Salleh, M., & Azizi, A. (2025). KEBERKESANAN KURSUS MICROSOFT WORD INTERMEDIATE DALAM KALANGAN PESERTA PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH. SPSH 2025, 269–279. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/228

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development