PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP PEMILIHAN INSTITUSI PENDIDIKAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR LUAR BANDAR DI KOTA MARUDU SABAH
Keywords:
media sosial, pelajar luar bandar, pemilihan institusi pendidikan, e-reputasi, pengaruh rakan sebayaAbstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti pengaruh media sosial terhadap pemilihan institusi pendidikan dalam kalangan pelajar luar bandar, khususnya pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Advent Goshen, Kota Marudu, Sabah. Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, media sosial berperanan sebagai medium utama penyampaian maklumat pendidikan, terutamanya kepada komuniti luar bandar yang mempunyai akses terhad kepada sumber maklumat konvensional. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan dengan pengumpulan data melalui soal selidik yang dibina berdasarkan lima konstruk utama: tahap penggunaan media sosial, kandungan dan e-reputasi institusi, pengaruh rakan sebaya, serta kecenderungan pemilihan institusi. Seramai 53 orang pelajar Tingkatan 5 telah dipilih sebagai sampel kajian secara persampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan media sosial adalah tinggi dalam kalangan responden (min = 4.19), dan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan media sosial (r = 0.703, p < 0.001), pengaruh kandungan serta e-reputasi institusi (r = 0.701, p < 0.001), dan pengaruh rakan sebaya (r = 0.375, p = 0.006) dengan kecenderungan pemilihan institusi pendidikan. Kajian ini menggariskan keperluan institusi pendidikan tinggi untuk memanfaatkan media sosial secara strategik dalam usaha memperluas jangkauan maklumat dan membina kepercayaan dalam kalangan pelajar luar bandar.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.