INOVASI DIGITAL DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS PERSEPSI PELAJAR TERHADAP E-BOOK LITAR ELEKTRIK DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH

Authors

  • Tuty Farhida Sajat Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
  • Ts. Haslina Hashim Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
  • Norfadzilah Mohamad Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia

Keywords:

e-Book , inovasi digital, Litar Elektrik, pelajar Kolej Komuniti

Abstract

Transformasi digital dalam pendidikan mendorong penggunaan e-Book  sebagai medium pengajaran yang lebih interaktif dan efektif. e-Book  “Litar Elektrik” dibangunkan sebagai inovasi digital oleh pensyarah Sijil Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Masjid Tanah, dengan fokus kepada teori asas litar elektrik.Keunikan e-Book  ini terletak pada elemen interaktif dan video yang menyokong pemahaman pelajar, khususnya bagi kumpulan pelajar yang mempunyai latar belakang SPM majoritinya (73.8%) daripada aliran Sastera dan Kemanusiaan .Kajian ini bertujuan untuk meneliti persepsi pelajar semester 1 dari segi reka bentuk, tahap pemahaman pelajar terhadap penggunaan e-Book , serta persepsi mereka terhadap pemahaman konsep litar elektrik dan perlaksanaan amali teori litar . Pendekatan kuantitatif melalui teknik tinjauan digunakan dengan membuat edaran borang soal selidik yang terdiri dari Skala Likert lima mata. Sampel kajian secara rawak mewakili populasi  seramai 42 pelajar yang mengambil kursus SEE10013 dalam kalangan  SKE1A dan SKE1B di KKMT. Perisian Microsoft Excel 365 digunakan untuk menganalisis data yang terkumpul bagi mendapatkan keputusan peratusan dan nilai minimum. Hasil analisis menunjukkan persepsi pelajar terhadap elemen reka bentuk pada tahap tinggi (min=4.53), diikuti aspek pemahaman pada tahap tinggi (min=4.53) manakala aspek persepsi juga menunjukkan pada tahap tinggi (min= 4.48). Kajian menunjukkan bahawa para pelajar bersetuju bahawa e-Book  “Litar Elektrik” sangat membantu dalam menguasai kursus SEE10013. Dapatan ini penting kepada pensyarah kursus untuk terus menggunakan e-Book  ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran disamping perlu membuat penambahbaikan bagi memastikan strategi pembelajaran digital yang lebih efektif dalam membantu mencapai hasil pembelajaran pelajar.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Sajat, T. F. ., Hashim, T. H., & Mohamad, N. (2025). INOVASI DIGITAL DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS PERSEPSI PELAJAR TERHADAP E-BOOK LITAR ELEKTRIK DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH. SPSH 2025, 87–95. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/226

Issue

Section

STEM / Green Technology, and Industrial Innovation