TAHAP KESEDIAAN PELAJAR DALAM PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL (OBE) DI KOLEJ KOMUNITI SELAYANG, SELANGOR
Keywords:
Efikasi Kendiri, Komitmen Pensyarah, Kesediaan Pelajar, Outcome-Based Education (OBE).Abstract
Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education, OBE) semakin menjadi tumpuan institusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam menyelaraskan program akademik dengan keperluan Revolusi Industri Keempat (4IR). Sehubungan itu, satu kajian telah dijalankan bagi menilai tahap kesediaan pelajar dalam pelaksanaan OBE di Kolej Komuniti Selayang serta menganalisis hubungan antara kesediaan pelajar, keyakinan pelajar, komitmen pensyarah, persepsi kemudahan, dan sokongan institusi. Kajian ini melibatkan seramai 130 orang pelajar yang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah, terdiri daripada 37.7% lelaki dan 62.3% perempuan. Majoriti responden berumur antara 18–20 tahun (96.9%) dan mengikuti pelbagai program pengajian, termasuk Sijil Rekabentuk Dalaman (29.2%), Sijil Kulinari (22.3%), Sijil Pastri (19.2%), Sijil Fesyen (17.7%), dan Sijil Operasi Perhotelan (11.5%). Instrumen soal selidik telah diuji secara rintis terhadap 30 pelajar dengan nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach 0.88. Analisis data menggunakan SPSS versi 25 bagi menilai nilai min, sisihan piawai, serta korelasi antara pembolehubah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan pelajar berada pada paras tinggi dengan skor min 4.09 dan sisihan piawai 0.418, di mana majoriti pelajar menunjukkan motivasi yang tinggi terhadap proses pembelajaran. Faktor keyakinan pelajar, komitmen pensyarah, persepsi kemudahan, dan sokongan institusi didapati memberi impak positif terhadap kesediaan pelajar untuk mengamalkan OBE. Nilai korelasi Pearson menunjukkan hubungan signifikan yang kuat, dengan nilai tertinggi antara sokongan institusi dan kesediaan pelajar (r = 0.877). Kajian ini mencadangkan agar pihak institusi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap objektif dan manfaat OBE, di samping memperkukuh sokongan institusi serta kemudahan pembelajaran bagi meningkatkan pengalaman dan keberkesanan pelaksanaannya
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.