PERSEPSI PELAJAR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT, KOLEJ KOMUNITI TAWAU TERHADAP PENGGUNAAN CHATGPT DALAM PEMBELAJARAN

Authors

  • Rozita Mohd Jamil Kolej Komuniti Tawau, Malaysia

Keywords:

chatGPT, manfaat, risiko

Abstract

ChatGPT digunakan secara meluas sejak kebelakangan dalam bidang pendidikan dan pembelajaran. Namun begitu banyak kajian membincangan kelebihan dan keburukan alat  buatan ini. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana persepsi pelajar sendiri terhadap penggunaan ChatGPT dalam pembelajaran. Seramai 40 orang pelajar yang mengambil program Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Tawau Sabah telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Instrumen kajian adalah soal selidik 5-skala likert yang diedarkan khusus kepada pelajar Sijil Teknologi Maklumat sahaja. Analisis kajian ini menggunakan analisis untuk mengukur tahap persetujuan pelajar terhadap item kajian dalam borang soal selidik berdasarkan nilai min. Berdasarkan kepada hasil analisis, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar bersetuju bahawa ChatGPT sangat membantu mereka dalam pembelajaran, seperti menjimatkan masa, memberikan jawapan dengan cepat, menyediakan platform pencarian maklumat yang efisien, dan banyak lagi. Ini dapat dibuktikan dengan semua item memperoleh nilai min yang tinggi (lebih dari 4.00). Namun begitu, pelajar juga bersetuju bahawa keburukan juga timbul dengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan ini, seperti kebergantungan berlebihan, kurangnya usaha untuk berfikir secara kendiri, risiko kesilapan dalam maklumat yang diberikan dan sebagainya. Kajian ini penting kepada institusi untuk memberi kesedaran dan garis panduan kepada pelajar untuk menggunakan ChatGPT dengan bertanggungjawab dan beretika.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Mohd Jamil, R. (2025). PERSEPSI PELAJAR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT, KOLEJ KOMUNITI TAWAU TERHADAP PENGGUNAAN CHATGPT DALAM PEMBELAJARAN. SPSH 2025, 261–268. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/220

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development