PENERIMAAN KAD DEALER SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI BAGI SUBJEK BUSINESS ACCOUNTING DAN FINANCIAL ACCOUNTING 1: SATU PERBANDINGAN LATAR BELAKANG PERAKAUNAN
Keywords:
inovasi pendidikan, kad DEALER, penerimaan pelajar, Prinsip Akaun, Ujian-t Sampel BebasAbstract
Inovasi dalam pendidikan merujuk kepada penerapan idea, pendekatan atau teknologi baharu yang berupaya meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bagi subjek perakaunan, Kad DEALER diperkenalkan sebagai satu inovasi untuk membantu pelajar memahami konsep asas perakaunan khususnya berkaitan perekodan catatan bergu dan pengelasan akaun yang sering menjadi cabaran kepada pelajar. Kajian ini bertujuan menilai tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan Kad DEALER sebagai bahan bantu mengajar dalam subjek Business Accounting dan Financial Accounting 1 di Politeknik Port Dickson. Inovasi Kad DEALER direka bentuk bagi membantu pelajar memahami topik-topik asas perakaunan seperti pengelasan akaun, catatan bergu, imbangan duga dan penyata kewangan. Kajian ini juga meneliti hubungan antara reka bentuk visual Kad DEALER dan motivasi pelajar dengan tahap penerimaan, serta membuat perbandingan berdasarkan latar belakang pelajar sama ada mereka pernah mengambil subjek Prinsip Akaun di peringkat sekolah atau tidak. Seramai 120 orang pelajar terlibat sebagai responden dan data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian Mann-Whitney U dan Korelasi Spearman. Dapatan menunjukkan tahap penerimaan pelajar terhadap Kad DEALER adalah tinggi. Tiada perbezaan yang signifikan antara kumpulan pelajar berdasarkan latar belakang pendidikan perakaunan. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan positif yang signifikan antara persepsi terhadap reka bentuk visual dan motivasi pelajar dengan tahap penerimaan. Melalui kajian ini dicadangkan agar Kad DEALER diperluas penggunaannya sebagai alat bantu mengajar yang efektif terutamanya dalam menyokong pemahaman pelajar tanpa latar belakang perakaunan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.