GLOSSOPHOBIA DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH

Authors

  • Fatin Nur Halilah Mohd Said Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
  • Nur Hidayati Sanusi Politeknik Sultan Idris Shah, Malaysia
  • Norzalina Mohd Yusof Kolej Komuniti Bagan Datuk, Malaysia

Keywords:

glossophobia, kecekapan diri, sokongan akademik, pengucapan awam, pelajar kolej komuniti.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap glossophobia (kebimbangan bercakap di hadapan khalayak) dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) serta mengenal pasti hubungan antara faktor pencetus, kecekapan diri dan sokongan akademik terhadap tindak balas pelajar. Seramai 111 pelajar daripada tiga program pengajian terlibat sebagai responden dalam kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini. Instrumen soal selidik lima konstruk digunakan dan dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS Versi 26.0. Hasil kajian mendapati tahap glossophobia berada pada tahap sederhana dengan kebimbangan terhadap penilaian sosial sebagai punca utama. Terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor pencetus dan tahap glossophobia (r = 0.680, p < 0.01). Regresi linear berganda pula menunjukkan bahawa hanya kecekapan diri memberi kesan negatif dan signifikan terhadap tindak balas pelajar (Beta = -0.259, nilai t = -2.491) dan nilai signifikan p = 0.014 (p < 0.05) manakala sokongan akademik tidak signifikan. Kajian ini menekankan kepentingan intervensi yang berfokus kepada pembinaan keyakinan diri dan pengurangan tekanan persekitaran dalam membantu pelajar menangani glossophobia secara berkesan

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Mohd Said, F. N. H. ., Sanusi, N. H. ., & Mohd Yusof, N. (2025). GLOSSOPHOBIA DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH. SPSH 2025, 1–11. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/216

Issue

Section

Health, Psychology, and Well-being