HEARTHREAD DAN RIGHT’S : KAJIAN PERBANDINGAN KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN AMALI PEMASANGAN KOMPONEN BERULIR DALAM TVET AUTOMOTIF
Keywords:
Pemasangan komponen berulir, alat bantu mengajar, Hearthread, Right`sAbstract
Kajian ini menilai keberkesanan dua pendekatan pengajaran amali, iaitu Hearthread dan Right’s, dalam membantu pelajar Sijil Teknologi Automotif menguasai kemahiran pemasangan komponen berulir di institusi TVET. Seramai 36 pelajar telah mengikuti sesi latihan amali melibatkan kedua-dua strategi tersebut dalam dua bentuk pelaksanaan iaitu secara manual dan dengan penggunaan alatan tangan. Prestasi pelajar diukur berdasarkan empat kriteria utama, iaitu ketepatan arah putaran, kemahiran pengendalian alatan, pematuhan aspek keselamatan, serta kecekapan masa menyiapkan tugasan. Penilaian dilakukan menggunakan rubrik pemarkahan yang dibangunkan khusus bagi tujuan kajian ini. Hasil analisis ANOVA dua hala menunjukkan wujud interaksi yang signifikan antara pendekatan pengajaran dan bentuk pelaksanaan. Hearthread didapati lebih berkesan dalam situasi manual, manakala Right’s menunjukkan prestasi yang lebih baik apabila latihan dijalankan menggunakan alatan tangan. Walau bagaimanapun, perbezaan skor purata antara kedua-dua pendekatan ini adalah kecil, sekali gus mencadangkan bahawa kedua-duanya tetap sesuai digunakan bergantung kepada konteks latihan. Sehubungan itu, kajian ini mengesyorkan agar pemilihan alat bantu pengajaran disesuaikan dengan bentuk pelaksanaan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran teknikal pelajar dalam latihan amali TVET.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.