KEBERKESANAN KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN (PPK) DALAM SISTEM AUTOMASI ASAS BERASASKAN KNX DALAM KALANGAN TENAGA PENGAJAR POLYCC

Authors

  • Mohd Farizul Irni Ismail Mr.
  • Safira Din Politeknik Port Dickson,Malaysia
  • Zarina Yusof Politeknik Port Dickson,Malaysia

Keywords:

KNX, TVET, automasi asas, keberkesanan kursus, kompetensi

Abstract

Pelaksanaan kursus sistem automasi asas berasaskan KNX merupakan inisiatif strategik dalam memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0. Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan kursus automasi asas berasaskan KNX yang dijalankan oleh Politeknik Port Dickson sebagai pusat latihan bertauliah KNX. Penilaian melibatkan lima indikator utama iaitu (i) tahap penyampaian penceramah, (ii) tahap pelaksanaan kursus, (iii) tahap penilaian diri peserta dan (iv) tahap keberkesanan latihan KNX terhadap peningkatan pengetahuan peserta. Seramai 35 responden terdiri daripada pensyarah politeknik dan kolej komuniti yang terlibat dalam kajian ini.  Instrumen soal selidik menggunakan skala Likert lima mata sebagai kaedah pengumpulan data melibatkan pengiraan min dan peratusan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan kursus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepentingan pelaksanaan kursus berada pada tahap keberkesanan yang tinggi, khususnya dari aspek tahap penyampaian penceramah (nilai min 4.88), tahap pelaksanaan kursus (nilai min 4.88), tahap peningkatan penilaian diri peserta (nilai min 4.82), tahap keberkesanan Latihan KNX terhadap peningkatan pengetahuan peserta (nilai min 4.88). Pelaksanaan kursus seumpama ini perlu diteruskan dan diperluas bagi meningkatkan kompetensi profesional tenaga pengajar dalam bidang sistem automasi bangunan berasaskan teknologi KNX.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Ismail, M. F. I., Din, S. ., & Yusof, Z. . (2025). KEBERKESANAN KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN (PPK) DALAM SISTEM AUTOMASI ASAS BERASASKAN KNX DALAM KALANGAN TENAGA PENGAJAR POLYCC. SPSH 2025, 247–260. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/209

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development