MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA MINAT, PENGURUSAN MASA, MOTIVASI DAN SOKONGAN PENSYARAH TERHADAP PRESTASI KURSUS KEUSAHAWANAN (MPU 12012) DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK, KOLEJ KOMUNITI JEMPOL

Authors

  • Mohd Shafie Rahaman Kolej Komuniti Jempol, Malaysia
  • Rafie Karis Kolej Komuniti Jempol, Malaysia
  • Azamta Karya Zawal Azi Hussin Kolej Komuniti Jempol, Malaysia

Keywords:

Tahap pencapaian pelajar,, pembelajaran dan pengajaran (PdP), pengurusan masa, motivasi pelajar dan bantuan pensyarah

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara minat pelajar, pengurusan masa, motivasi pelajar dan bantuan pensyarah terhadap tahap pencapaian pelajar dalam kursus Keusahawanan (MPU12012) dalam kalangan pelajar Sijil Kejuruteraan Elektrik di Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan. Kursus ini merupakan salah satu subjek penting yang merangkumi elemen teori dan praktikal yang memerlukan pelajar memahami konsep dengan baik untuk diaplikasikan dalam 4 tugasan. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif, menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada pelajar yang mengikuti kursus tersebut pada sesi II:202/2025. Seramai 40 orang responden telah memberikan maklum balas. Empat pembolehubah bebas yang dikaji ialah minat pelajar, pengurusan masa, motivasi pelajar dan bantuan pensyarah, manakala pencapaian pelajar dalam kursus Keusahawanan dijadikan pembolehubah bersandar. Hasil dapatan menunjukkan semua pembolehubah bebas mempunyai hubungan yang signifikan secara positif terhadap tahap pencapaian pelajar, dengan faktor minat pelajar menjadi penyumbang utama. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai minat mendalam terhadap subjek lebih cenderung untuk cemerlang. Dapatan ini juga memberi petunjuk kepada pihak pengajar supaya memberi perhatian khusus terhadap aspek minat pelajar, motivasi, pengurusan masa serta menyediakan sokongan pengajaran yang berkesan agar prestasi pelajar dapat ditingkatkan. Kajian ini diharapkan dapat membantu pensyarah dan pentadbir institusi pendidikan dalam merangka strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih holistik dan efektif untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Rahaman, M. S. ., Karis , R., & Hussin, A. K. Z. A. . (2025). MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA MINAT, PENGURUSAN MASA, MOTIVASI DAN SOKONGAN PENSYARAH TERHADAP PRESTASI KURSUS KEUSAHAWANAN (MPU 12012) DI KALANGAN PELAJAR KEJURUTERAAN ELEKTRIK, KOLEJ KOMUNITI JEMPOL. SPSH 2025, 78–89. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/197

Issue

Section

Entrepreneurship, Digital Economy, Business, and Finance