KEBOLEHGUNAAN APLIKASI MY QAULI SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI KURSUS PENDIDIKAN ISLAM DI KOLEJ KOMUNITI JEMPOL
Keywords:
Bacaan solat, aplikasi pembelajaran, kebolehgunaan, Pendidikan IslamAbstract
Keperluan terhadap bahan bantu mengajar digital dalam Pendidikan Islam semakin diperlukan khususnya bagi meningkatkan penguasaan bacaan solat pelajar. Ini selari dengan era digital dan dasar kerajaan yang menekankan integrasi teknologi dalam pendidikan Walau bagaimanapun, kajian berkaitan kebolehgunaan aplikasi digital yang menumpukan kepada hafalan, pemahaman dan sebutan bacaan solat masih terhad terutama dalam konteks pembelajaran di Kolej Komuniti. Oleh itu, kajian ini bertujuan menilai kebolehgunaan Aplikasi My Qauli sebagai bahan bantu mengajar dalam kursus MPU13012 Pendidikan Islam di Kolej Komuniti Jempol. Aplikasi ini dibangunkan untuk membantu pelajar dalam aspek hafalan, pemahaman dan sebutan bacaan solat melalui ciri interaktif seperti paparan teks, audio bacaan, terjemahan perkataan dan kuiz pengukuhan. Kajian menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan dengan soal selidik yang diadaptasi daripada model USE (Usefulness, Ease of Use, Ease of Learning dan Satisfaction) oleh Lund (2001). Seramai 34 orang pelajar terlibat sebagai responden kajian dan data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Jamovi versi 2.3.28. Dapatan menunjukkan keempat-empat konstruk soalan mencatatkan skor min yang tinggi bagi setiap item yang diberikan dengan nilai min yang diperoleh berada dalam julat 4.53 - 4.79. Ini menunjukkan bahawa pelajar menerima aplikasi ini dengan sangat positif dari aspek fungsi, kemudahan penggunaan serta pengalaman pembelajaran yang menyenangkan. Aplikasi My Qauli bukan sahaja membantu pelajar menguasai bacaan solat dengan lebih mudah dan cepat malah mendorong mereka untuk terus menggunakannya serta mencadangkannya kepada rakan-rakan. Secara keseluruhannya, aplikasi ini berpotensi besar untuk dikembangkan sebagai alat bantu mengajar digital yang efektif dalam kursus Pendidikan Islam. Kajian ini mencadangkan penggunaan secara lebih meluas, penambahbaikan berterusan berdasarkan maklum balas pengguna serta kajian lanjutan untuk menilai kesan jangka panjang terhadap pencapaian dan penghayatan pelajar khususnya dalam konteks TVET dan pembelajaran abad ke-21
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.