PEMATUHAN CUKAI DALAM KALANGAN PEMBAYAR CUKAI DI POLITEKNIK: PERANAN PENGETAHUAN, KESEDARAN TERHADAP PENALTI DAN PERSEPSI KEADILAN CUKAI
Abstract
Objektif perlaksanaan cukai taksiran secara sendiri merupakan salah satu usaha kerajaan dalam memastikan peningkatan pematuhan cukai secara sukarela. Walaubagaimanapun, ketidakpatuhan cukai merupakan satu isu yang sering diberikan tumpuan untuk ditangani oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Penentu gelagat pematuhan cukai secara sukarela wajar dikenalpasti bagi membolehkan pembayar cukai lebih patuh membayar cukai dan seterusnya membolehkan kutipan cukai yang lebih efisien. Kajian ini meneliti hubungan antara pengetahuan, kesedaran terhadap penalti, dan persepsi keadilan cukai (pembolehubah tidak bersandar) dengan tahap pematuhan cukai (pembolehubah bersandar). Kutipan data dilakukan dengan edaran soal selidik kepada pensyarah-pensyarah di politeknik Malaysia yang melibatkan seramai 167 orang responden. Teknik analisis regresi berganda digunakan bagi menganalisis data. Ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar menunjukkan hubungan positif terhadap pematuhan cukai. Keadilan cukai didapati lebih berpengaruh iaitu sebanyak 37% berbanding pengetahuan (21.8%) dan kesedaran penalti (24.1%). Penemuan ini menunjukkan pihak berwajib seperti LHDN perlu merangka lebih banyak program kesedaran membayar cukai dalam kalangan rakyat bagi mengatasi isu ketidakpatuhan cukai.
Kata Kunci: Pengetahuan Cukai; Kesedaran Penalti; Keadilan Cukai; Pematuhan Cukai
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.