PRESTASI PELAJAR LATIHAN INDUSTRI: PERSPEKTIF MAJIKAN TERHADAP PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON
Keywords:
Jabatan Perdagangan, Latihan Industri, Kepuasan Majikan, Pelan StrategikAbstract
Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018–2025 telah menggariskan sasaran utama dalam melahirkan graduan yang memenuhi kepuasan majikan, khususnya dalam aspek prestasi kerja yang memuaskan. Sehubungan itu, kajian ini dilaksanakan bagi meninjau tahap kepuasan majikan terhadap pelajar latihan industri dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Port Dickson bagi sesi 1: 2024/2025. Kajian ini bersifat deskriptif dan menggunakan pendekatan kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada penyelia industri yang telah menerima pelajar politeknik sebagai pelatih industri selama 20 minggu di pelbagai organisasi di seluruh Malaysia. Seramai 274 orang pelajar telah dinilai oleh penyelia mereka berdasarkan enam aspek utama iaitu: (i) melaksanakan tugas, (ii) kemahiran sosial dan komunikasi, (iii) nilai, sikap dan profesionalisme, (iv) kepimpinan dan kerja berpasukan, (v) kemahiran digital dan pengurusan maklumat, serta (vi) pembelajaran berterusan dan kemahiran keusahawanan. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti frekuensi dan purata skor min dengan bantuan perisian SPSS versi 25. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap kepuasan majikan terhadap prestasi pelajar adalah tinggi dalam kesemua aspek yang dinilai. Ini sekaligus menunjukkan bahawa objektif strategik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seperti yang digariskan dalam Pelan Strategik 2018 - 2025 telah berjaya dicapai melalui pelaksanaan latihan industri.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.