HALANGAN ORGANISASI DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI: ANALISIS PENGALAMAN PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI JASIN
Keywords:
Halangan organisasi, Pensyarah, Kolej Komuniti, Skala Halangan Organisasi, pengurusan institusi, Spector, MalaysiaAbstract
Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap halangan organisasi yang dihadapi oleh pensyarah di Kolej Komuniti Jasin dengan menggunakan Skala Halangan Organisasi (Organizational Constraints Scale, OCS) sebagai instrumen utama. Permasalahan kajian timbul apabila terdapat pensyarah yang melaporkan kesukaran melaksanakan tugasan akademik disebabkan kekangan sumber, ketidakjelasan prosedur kerja dan gangguan daripada faktor organisasi, yang berpotensi menjejaskan prestasi serta kesejahteraan kerja. Seramai 31 orang pensyarah terlibat dan data dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for the Social Sciences)Versi 30.Dapatan menunjukkan secara keseluruhan pensyarah Kolej Komuniti Jasin tidak terlalu terkesan dengan isu halangan organisasi, dengan skor purata OCS pada tahap rendah (Min=1.79, skala 1–5). Instrumen kajian turut mencapai kebolehpercayaan yang tinggi (Cronbach’s Alpha =.950), menandakan data yang diperoleh adalah konsisten dan boleh dipercayai. Namun, walaupun terdapat isu tertentu seperti kekangan maklumat dan prosedur yang kurang jelas, kebanyakan pensyarah menyatakan halangan tersebut tidak memberi kesan besar terhadap kelancaran tugasan harian. Kesimpulan dari kajian ini, persekitaran kerja di Kolej Komuniti Jasin masih kondusif dan menyokong pelaksanaan tanggungjawab akademik. Kajian ini mencadangkan pihak pengurusan agar mengekalkan sokongan sedia ada serta mengambil langkah proaktif untuk mengurangkan halangan organisasi pada masa akan datang. Dengan pendekatan ini, kualiti perkhidmatan akademik dapat dipertingkatkan secara berterusan, sekali gus memperkukuh daya saing institusi pendidikan tinggi.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.