PERSEPSI DAN KEBERGANTUNGAN PELAJAR DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM TUGASAN
Keywords:
Kecerdasan Buatan (AI), Tugasan Akademik, Kebergantungan PelajarAbstract
Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap pendedahan, corak penggunaan, kebergantungan, serta persepsi etika pelajar terhadap penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam tugasan akademik. Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti tahap pendedahan pelajar kepada aplikasi AI, mengukur tahap kebergantungan mereka, dan menilai persepsi terhadap keberkesanan serta isu etika penggunaannya. Masalah utama yang dikenal pasti ialah peningkatan penggunaan aplikasi seperti ChatGPT, Grammarly dan Quillbot yang menimbulkan kebimbangan sama ada pelajar semakin bergantung sepenuhnya kepada AI tanpa memahami isi tugasan. Reka bentuk kajian berbentuk kuantitatif deskriptif dengan soal selidik berstruktur telah dijalankan terhadap 54 pelajar Semester 5 Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK), Politeknik Port Dickson, yang mengambil kursus Human Resources Management (HRM). Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melibatkan peratusan, min dan sisihan piawai bagi menilai pola penggunaan pelajar. Dapatan menunjukkan tahap pendedahan pelajar terhadap AI adalah tinggi (M=4.23, SD=0.76), tahap kebergantungan sederhana (M=3.26, SD=0.90), dan tahap kesedaran persepsi serta etika tinggi (M=4.25, SD=0.72). Hasil ini menunjukkan AI lebih digunakan sebagai alat sokongan pembelajaran berbanding pengganti sepenuhnya. Kajian ini mencadangkan pengenalan modul literasi AI serta pemantapan integriti akademik bagi memastikan penggunaan AI dimanfaatkan secara beretika dan memberi nilai tambah kepada pembelajaran pelajar
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.