TAHAP KEBERKESANAN KURSUS KNX BASIC CERTIFIED DALAM KALANGAN PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, POLITEKNIK PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Keywords:
KNX, latihan teknikal, keberkesanan latihan, sistem automasi bangunanAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan pelaksanaan Kursus KNX Basic Certified yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson. Seramai 31 orang peserta terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah terlibat dalam kajian ini. Penilaian difokuskan kepada empat komponen utama iaitu keberkesanan penceramah, pelaksanaan kursus, keberkesanan latihan terhadap diri peserta, serta aplikasi kemahiran dalam konteks sebenar penggunaan teknologi automasi bangunan. Instrumen soal selidik menggunakan skala Likert lima mata telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Dapatan menunjukkan skor min yang tinggi (melebihi 4.88) dan nilai sisihan piawai yang rendah (antara 0.18 hingga 0.25) bagi kesemua aspek yang dinilai, menggambarkan tahap kepuasan yang sangat tinggi dan konsisten dalam kalangan peserta. Kesimpulannya, latihan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan teknikal dan keyakinan peserta, malah memberi pendedahan praktikal yang sejajar dengan kehendak industri semasa. Justeru, pelaksanaan latihan seumpama ini perlu diteruskan dan diperluas bagi memperkukuh kebolehpasaran graduan serta kompetensi profesional dalam bidang sistem automasi bangunan berasaskan teknologi KNX.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.