KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH): KURSUS PENGURUSAN DOKUMEN RASMI DALAM KALANGAN PESERTA JABATAN KERAJAAN SEKITAR KUANTAN
Keywords:
pengurusan, dokumen rasmi, kompetensi, penjawat awamAbstract
Pengurusan dokumen rasmi merupakan antara aspek yang penting dalam pentadbiran jabatan kerajaan terutamanya bagi memastikan urusan penyampaian maklumat, penyimpanan rekod dan pematuhan kepada tatacara perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Walau bagaimanapun, masih terdapat penjawat awam yang kurang mahir dalam menghasilkan dokumen rasmi menggunakan format yang betul. Masalah ini boleh menjejaskan struktur pentadbiran sesuatu organisasi terutamanya dari segi kualiti komunikasi dan kecekapan pekerja. Isu ini semakin diperkatakan dan berleluasa di kalangan penjawat awam muda dan baru memasuki alam pekerjaan. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap keperluan terhadap kursus pengurusan dokumen rasmi di kalangan penjawat awam, khususnya di jabatan sekitar Kuantan. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 80 orang responden yang terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi dan jabatan kerajaan. Data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif bagi mengenal pasti elemen yang dikaji iaitu tahap pengetahuan, keperluan latihan dan cadangan penambahbaikan model kursus. Dapatan kajian ini mendapati bahawa majoriti responden mengakui pentingnya kursus pengurusan dokumen rasmi untuk meningkatkan kompetensi mereka dalam penulisan dokumen seperti surat rasmi, memo, laporan dan kertas kerja. Kajian ini mencadangkan agar kursus seperti ini diteruskan dan ditambahbaik dengan penghasilan modul yang relevan untuk digunakan sebagai panduan kepada jabatan-jabatan awam di masa hadapan.
Kata kunci: pengurusan, dokumen rasmi, kompetensi, penjawat awam
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.