ANALISIS IMPAK DAN KEBERKESANAN PROGRAM PEMBAYARAN TANPA TUNAI DI KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK: SUATU PENDEKATAN GABUNGAN STATISTIK DAN TEMATIK
Keywords:
Pembayaran Tanpa Tunai, Penerimaan Teknologi, pelajar Kolej Komuniti, Kaedah Campuran, Halangan PelaksanaanAbstract
Peralihan ke arah masyarakat tanpa tunai merupakan agenda utama negara, namun tahap penerimaannya berbeza mengikut konteks. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi pengamalan sistem pembayaran tanpa tunai dalam kalangan komuniti Kolej Komuniti Bagan Datuk (KKBD). Secara spesifik, ia mengkaji hubungan antara persepsi terhadap kemudahan, penjimatan masa, dan keselamatan dengan niat penggunaan, serta mengenal pasti halangan utama dalam pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran reka bentuk bertumpu (convergent design), melibatkan 102 responden untuk tinjauan kuantitatif dan 10 responden untuk temu bual kualitatif. Data kuantitatif dianalisis menggunakan regresi linear manakala data kualitatif dianalisis secara tematik. Hasil utama menunjukkan bahawa persepsi terhadap penjimatan masa (Beta=.385), kemudahan (Beta=.340), dan keselamatan (Beta=.241) secara signifikan mempengaruhi niat penggunaan sistem tanpa tunai. Walaupun faedah ini diakui, analisis kualitatif mendedahkan bahawa halangan praktikal seperti liputan penerimaan yang tidak menyeluruh dan kestabilan rangkaian internet yang lemah menjadi penghalang utama kepada penggunaan yang konsisten. Kajian ini merumuskan bahawa kejayaan program tanpa tunai di peringkat institusi amat bergantung kepada penyelesaian isu-isu pelaksanaan di lapangan. Justeru, pihak pengurusan kolej disarankan untuk memberi keutamaan kepada penaiktarafan infrastruktur teknikal dan memperluas liputan penerimaan di semua fasiliti kampus
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.