ANALISIS PENGGUNAAN KIT LATIHAN iKNX TERHADAP PESERTA-PESERTA PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN (PPK) JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (JPPKK) DALAM PDP
Keywords:
Kit Latihan iKNX, Teknologi Elektrik, Building Automations System (BAS)Abstract
Pembelajaran secara praktikal adalah cara yang berkesan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran, terutamanya dalam bidang teknikal seperti Building Automation Systems (BAS). Untuk meningkatkan pengetahuan peserta Program Peningkatan Kemahiran (PPK), Kit Latihan iKNX diperkenalkan sebagai alat bantu mengajar yang inovatif. Kajian ini bertujuan menilai sejauh mana kit ini berkesan dalam membantu peserta memahami konsep dan aplikasi BAS. Walaupun terdapat pelbagai modul berkaitan automasi bangunan, tahap pemahaman dan minat peserta masih sederhana, mungkin disebabkan kekurangan alat bantu yang interaktif. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada Kit Latihan iKNX boleh meningkatkan pemahaman dan minat peserta.
Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu menilai keberkesanan Kit Latihan iKNX dalam meningkatkan pemahaman peserta mengenai BAS, menganalisis reka bentuk Kit Latihan iKNX untuk memastikan ia sesuai dan membantu pembelajaran praktikal dan mengukur tahap minat peserta terhadap kursus selepas menggunakan kit ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan rekabentuk kajian eksperimen. populasi terdiri daripada 40 peserta PPK, dan teknik persampelan rawak digunakan untuk mendapatkan sampel yang representatif. Instrumen kajian adalah soal selidik dan ujian pasca untuk melihat perubahan pemahaman dan minat peserta selepas penggunaan kit. Analisis data dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach sebanyak 0.88. Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan Kit Latihan iKNX meningkatkan pemahaman peserta dengan ketara. Indikator keberkesanan, minat, dan reka bentuk produk semuanya mencatatkan purata skor min tinggi, iaitu 4.95, 4.93, dan 4.95. Kajian juga menunjukkan peningkatan minat peserta selepas menggunakan kit tersebut, membuktikan ia berkesan dalam menghubungkan teori dan amalan praktikal. Cadangan penambahbaikan termasuk menambah baik kandungan kit agar lebih interaktif dan sesuai dengan pelbagai tahap kemahiran, serta latihan tambahan untuk tenaga pengajar. Kajian lanjutan dengan sampel yang lebih besar juga dicadangkan untuk mengukuhkan hasil kajian ini. Pembelajaran praktikal telah terbukti sebagai pendekatan yang efektif dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran, terutamanya dalam bidang teknikal dan vokasional BAS.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.