KAJIAN TAHAP KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGANG PESERTA TAHFIZ PROGRAM UAPAYA BAKAT 2024: KURSUS KIMPALAN MIG

Authors

  • Mohd Zulfadly Mohd Nasir -
  • Noor Ain Faudzi Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Malaysia
  • Khairul Anwar Nordin Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Malaysia

Keywords:

Keusahawanan, Tahfiz, Kimpalan MIG, TVET, Pembangunan diri

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan peserta tahfiz yang mengikuti Program Upaya Bakat 2024: Kursus Kimpalan MIG anjuran Kolej Komuniti Bandar Darul Aman. Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif untuk memperkasakan pelajar tahfiz melalui pendedahan kepada kemahiran teknikal dan keusahawanan sebagai alternatif kerjaya yang lebih mampan dan bebas daripada kebergantungan terhadap satu sumber pendapatan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif dengan mengedarkan soal selidik kepada 28 orang peserta. Instrumen soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian yang merangkumi maklumat demografi, ciri keusahawanan, motivasi terhadap keusahawanan dan kesungguhan menceburi bidang keusahawanan.Hasil analisa menunjukkan bahawa 59% peserta memilih untuk menjadi usahawan. Tahap kecenderungan keusahawanan peserta berada pada tahap tinggi, terutama dari aspek motivasi diri, keinginan memperbaiki taraf hidup, dan aspirasi untuk mencontohi individu berjaya dalam perniagaan dengan mejoriti nilai min melebihi 3.67. hasil kajian juga membuktikan faktor kewangan menjadi penghalang kepada pembangunan keusahawanan dalam kalangan pelajar tahfiz dengan nilai min rendah 2.18. Kajian ini mencadangkan agar lebih banyak inisiatif latihan keusahawanan yang bersifat holistik dan sokongan kewangan disediakan bagi memastikan potensi keusahawanan peserta tahfiz dapat dirialisasikan. Kajian ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pendekatan integrasi kemahiran teknikal dan keusahawanan dalam kalangan pelajar tahfiz mampu menjadi salah satu jalan keluar daripada tekanan ekonomi dan menyumbang kepada pembentukan usahawan teknikal berdaya saing dari aliran pendidikan agama.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Mohd Nasir, M. Z. ., Faudzi , N. A. ., & Nordin, K. A. . (2025). KAJIAN TAHAP KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGANG PESERTA TAHFIZ PROGRAM UAPAYA BAKAT 2024: KURSUS KIMPALAN MIG. SPSH 2025, 23–32. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/150

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development