INOVASI ALAT SOKONGAN RODA UNTUK MENINGKATKAN KECEKAPAN PENUKARAN RODA KENDERAAN KOMERSIAL
Keywords:
Alat sokongan roda, Sokongan roda, Alat sokonganAbstract
Alat Sokongan Roda merupakan inovasi yang dibangunkan bagi membantu dan memudahkan juruteknik di Syarikat Indah Utara Auto Servis Centre, Alor Setar, khususnya dalam melaksanakan prosedur penyelenggaraan roda yang melibatkan proses penanggalan dan pemasangan semula roda bagi kenderaan komersial seperti lori. Pembangunan alat ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga fizikal manusia. Kebiasaannya berat roda yang dikendalikan oleh Juruteknik mencecah berat antara 85 kg hingga 100 kg. Idea ini tercetus hasil daripada keperluan sebenar juruteknik di Pusat Servis yang sering menghadapi cabaran dari segi beban kerja fizikal, seterusnya meningkatkan risiko gangguan muskuloskeletal (MSDs) terutamanya kecederaan otot dan sakit di bahagian belakang badan (back strain). Prosedur penyelenggaraan roda tanpa alat bantuan akan mengambil masa yang lama dan menjejaskan kecekapan kerja. Masalah ini dikategorikan sebagai isu ergonomik yang boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesihatan dan produktiviti juruteknik sekiranya tidak ditangani. Dengan penggunaan alat sokongan roda, kerja penyelenggaraan roda menjadi lebih mudah, pantas dan selamat. Inovasi ini bukan sahaja membantu mengurangkan kecederaan otot, tetapi juga meningkatkan kecekapan kerja di bengkel. Secara keseluruhannya, penggunaan alat ini memberikan impak positif kepada operasi harian di pusat servis dari segi keselamatan kerja dan keberkesanan operasi penyelenggaraan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.