SISTEM PENIMBANGAN LEMBU BERASASKAN IOT: PENINGKATAN KECEKAPAN OPERASI DI PALMBEEF ENTERPRISE
Keywords:
Sistem Penimbangan lembu, Palmbeef Enterprise, Pengurusan DataAbstract
Pengurusan berat badan dan pemakanan ternakan secara berkesan merupakan aspek kritikal dalam menjamin kesihatan dan produktiviti haiwan ruminan. Namun begitu, kaedah konvensional yang masih digunakan secara meluas, seperti penimbangan manual dan pemantauan pemakanan secara individu, didapati tidak efisien, memakan masa serta terdedah kepada kesilapan manusia. Salah satu contoh amalan yang masih digunakan adalah di pusat penternakan, Palmbeef Enterprise, Perlis yang menghadapi cabaran berkenaan kelewatan dan pengurusan data yang kurang cekap. Hal ini mengakibatkan penundaan dalam proses jualan serta menjejaskan pengurusan modal perniagaan. Bagi menangani permasalahan ini, sebuah projek telah dibangunkan dan diaplikasi di Palmbeef Enterprise dengan melaksanakan sistem penimbangan lembu menggunakan konsep IoT. Sistem ini mengitegrasikan penimbang dan pengimbas RFID, di mana data berat, tarikh penimbangan dan pengenalan ID lembu akan direkodkan secara automatik dalam sistem ini. Penggunaan panel pengimbas RFID dan penimbang digital telah memberikan kesan positif yang ketara. Waktu yang diperlukan untuk proses penimbangan telah berjaya dikurangkan dari 33.7 saat kepada 12.3 saat. Ini tidak hanya meningkatkan kecekapan tetapi juga mempercepatkan proses jualan. Perolehan peningkatan jualan sebanyak 56.2% merujuk kepada peningkatan bilangan lembu yang dijual meningkat dari 230 ekor kepada 360 ekor. Perbandingan ini dibuat berdasarkan rekod jualan lembu bagi tahun 2021 dan 2022 semasa musim Raya Aidiladha. Syarikat telah mencatatkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 61.6%. Secara kesimpulannya, inovasi ini membuktikan keberkesanan teknologi IoT dalam meningkatkan prestasi dan hasil dalam industri penternakan komersial.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.