KAJIAN ANALISIS TREND PERMINTAAN DAN PENYERTAAN DALAM KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DI KOLEJ KOMUNITI KULIM

Authors

  • Sopha Mustafa KOLEJ KOMUNITI KULIM
  • Nazliza Abdul Ghani KOLEJ KOMUNITI KULIM

Keywords:

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kursus Pendek, Trend Permintaan, Kolej Komuniti Kulim

Abstract

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu pendekatan pendidikan yang penting bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan latihan secara berterusan dalam kalangan komuniti setempat. Pembudayaan PSH di peringkat nasional dapat memacu pertumbuhan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran negara. Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) memperkasakan PSH di kalangan masyarakat dan komuniti setempat sejak ia ditubuhkan pada tahun 2001. Kolej Komuniti Kulim (KKKU) merupakan salah sebuah institusi yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam Sistem Prestasi Persist POLYCC menerusi penyertaan kursus PSH selama tiga tahun berturut-turut. Walau bagaimanapun, analisis terperinci secara bertulis berkenaan kluster bidang yang menyumbang kepada pencapaian penyertaan kursus PSH masih belum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dibangunkan bagi menganalisis trend permintaan dan penyertaan kursus PSH di KKKU. Instrumen kajian terdiri daripada kaedah pemerhatian terhadap data kursus PSH yang diperoleh melalui sistem ePSH. Objektif  utama kajian ini adalah untuk mengkaji trend permintaan mengikut kluster kursus PSH yang ditawarkan di KKKU serta mengenalpasti kursus PSH yang popular di KKKU. Dapatan kajian dianalisis dengan bantuan perisian Microsoft Excel bagi menghasilkan graf perbandingan antara kluster, di mana kluster Katering dan Sajian mencatatkan penyertaan tertinggi iaitu sebanyak 26.77 peratus, manakala kluster-kluster lain mencatatkan peratusan di bawah 20.00 peratus. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan berguna kepada pihak pengurusan dalam usaha meningkatkan penyertaan serta merancang penawaran kursus PSH yang lebih berkesan di KKKU.

Kata kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kursus Pendek, Trend Permintaan, Kolej Komuniti Kulim.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Mustafa, S., & Abdul Ghani, N. (2025). KAJIAN ANALISIS TREND PERMINTAAN DAN PENYERTAAN DALAM KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) DI KOLEJ KOMUNITI KULIM. SPSH 2025, 1–10. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/141

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development