HUBUNGAN PELAKSANAAN AUDIT DALAMAN MS ISO 9001:2015 DENGAN TAHAP PENCAPAIAN PRESTASI ORGANISASI: KAJIAN DI KOLEJ KOMUNITI KULIM
Keywords:
pelaksanaan, audit dalaman, pencapaian prestasiAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pelaksanaan audit dalaman MS ISO 9001:2015 dan mengenalpasti hubungan pelaksanaan audit dalaman MS ISO 9001:2015 dengan pencapaian prestasi di Kolej Komuniti Kulim. Rekabentuk kajian adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik telah disahkan oleh tiga (3) orang panel pakar untuk kesahan soal selidik tersebut. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik tersebut telah diuji kebolehpercayaan dan menunjukkan nilai alpha Cronbach 0.946. Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Populasi kajian adalah sebanyak 38 orang yang merupakan warga kerja di Kolej Komuniti Kulim. Sampel kajian berasaskan Jadual Krejcie & Morgan (1970) adalah sebanyak 35 orang warga di Kolej Komuniti Kulim yang terdiri daripada staf akademik dan pentadbiran. Kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0 untuk menganalisis data kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan audit dalaman MS ISO 9001:2015 di Kolej Komuniti Kulim berada pada tahap tinggi (Min = 4.76). Kajian ini turut mendapati pelaksanaan audit dalaman MS ISO 9001:2015 mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan pencapaian prestasi di Kolej Komuniti Kulim (korelasi Pearson = 0.834 dan nilai signifikan 0.000). Kajian ini diharapkan memberi kepentingan kepada organisasi daripada aspek pemantapan pelaksanaan audit dalam kearah pencapaian prestasi organisasi. Kajian selanjutnya boleh dijalankan dengan menggunakan Analisis Faktor Konfirmatori (AFK) untuk mengenalpasti pembolehubah yang menyumbang kepada pelaksanaan audit dalaman MS ISO 9001:2015 yang berkesan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.