GELAGAT PEMBELAJARAN PELAJAR TERHADAP APLIKASI TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI JASIN

Authors

  • Siti Norazian Miskam Kolej Komuniti Jasin, Malaysia
  • Dian Ainor Mizan Kolej Komuniti Jasin, Malaysia
  • Rabi’atul Adawiyyah Ismail Kolej Komuniti Jasin, Malaysia

Keywords:

Gelagat, Pembelajaran Berasaskan Pengalaman, Kecerdasan Buatan (AI), Aplikasi

Abstract

Dalam era transformasi digital yang pesat, penerapan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) dalam bidang pendidikan semakin mendapat perhatian dan digunakan secara meluas. Teknologi ini berperanan sebagai alat sokongan pedagogi yang berupaya meningkatkan kualiti serta mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penggunaan aplikasi berasaskan AI kini telah digunakan secara meluas di pelbagai peringkat institusi pendidikan melalui integrasi sistem seperti tutor pintar, ChatGPT, Quiltbolt, Chatbot, Gamma, Slidego, Perplexity, CapCut dan sebagainya. Aplikasi ini bukan sahaja menyokong keberkesanan PdP, malah turut menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif dan responsif terhadap keperluan pelajar. Walaubagaimanapun, isu mengenai tahap penerimaan dan faktor pemilihan pelajar terhadap penggunaan teknologi AI ini masih menjadi persoalan dan perlu dikaji. Seramai 111 orang pelajar aktif Kolej Komuniti Jasin, Melaka (KKJS) dari empat program pengajian dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif dengan satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian menggunakan Skala Likert 5 pilihan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 untuk mendapatkan nilai skor min. Hasil kajian menunjukkan purata keseluruhan min diperolehi bagi tahap penerimaan pelajar terhadap teknologi AI dalam pembelajaran adalah 3.86 manakala purata keseluruhan min bagi faktor yang mempengaruhi penggunaan AI adalah 3.83. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor penerimaan dan faktor pemilihan pelajar terhadap penggunaan AI adalah sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa teknologi AI berpotensi besar dalam meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran di Kolej Komuniti Jasin. Pihak institusi disarankan agar merancang strategi penggunaan integrasi AI dengan merancang keperluan latihan serta sokongan PdP yang lebih sistematik dan inklusif agar pelajar bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, tetapi juga memahami dan bersedia mengadaptasi inovasi ini ke dalam kehidupan akademik dan profesional mereka.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Miskam, S. N. ., Mizan, D. A. ., & Ismail, R. A. . (2025). GELAGAT PEMBELAJARAN PELAJAR TERHADAP APLIKASI TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI JASIN. SPSH 2025, 1–12. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/139

Issue

Section

STEM / Green Technology, and Industrial Innovation