https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/issue/feedSEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 20242024-09-25T00:00:00+00:00Ts. Dr. Sharifah Nadiyah binti Razalisharifah.nadiyah@kkselandar.edu.myOpen Journal Systems
"Memperkukuh Pembelajaran Sepanjang Hayat Menerusi Kelestarian Ekosistem TVET"
https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/3Tahap Kefahaman Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Batas Aurat Dan Pergaulan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Melaka2024-06-12T06:20:11+00:00Mohd Faizal Mat Pesaphs1654@gmail.comTuan Mohd Azhar Tuan Ngahazhar@polimelaka.edu.myNurul Sa`Adah Mohyeddinmfaizal@polimelaka.edu.my
Amalan menutup aurat merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam, Bukan sekadar mengetahui akan hukumnya tetapi ia juga perlu kepada penghayatan dan kesedaran akan pelaksanaannya dalam kehidupan. Ada yang berpendapat aurat hanya perlu ditutup ketika berada di dalam solat, manakala sebahagian lagi mengabaikannya apabila berada di luar solat. Kajian ini melibatkan 108 orang pelajar Politeknik Melaka bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman dan faktor-faktor yang mendorong kepada amalan batas aurat dan pergaulan. Min, kekerapan dan peratusan digunakan untuk menerangkan kajian berbentuk deskriptif ini.Perisian SPSS 25.0 digunakan untuk menganalisis data tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pelajar terhadap amalan menutup aurat dan pergaulan secara keseluruhan adalah sangat tinggi iaitu dengan skor min 4.67.Faktor keluarga dengan min 4.78 merupakan faktor yang paling besar kesannya terhadap amalan menutup aurat dan pergaulan pelajar, manakala faktor pensyarah paling sedikit memberi impak iaitu min 4.46.Kajian ini diharapkan dapat dijadikan bahan bacaan panduan kepada ibu bapa dan pihak pentadbiran Politeknik khususnya untuk menjalankan peranan masing-masing dalam melahirkan pelajar yang dapat memahami amalan menutup aurat dengan baik dan mengamalkannya secara konsisten sepanjang hayat bagi melahirkan generasi yang berkualiti, beriman dan bertakwa.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/12Evaluating the Efficacy of Machine Learning in Detecting DoS & DDoS Attacks: A Comprehensive Dataset Analysis2024-06-29T06:14:56+00:00Munirah Ab Rahmanmunirah@tvet.pmj.edu.myMohd Azuwan Efendy Mailazuwan@tvet.pmj.edu.myMohd Faizal Ab Razakmunirah@tvet.pmj.edu.my
Machine learning is currently being widely employed to create malware detection systems (MDS). These systems can detect and categorize various types of cybercrime, including DoS and DDoS attacks. These attacks may involve multiple unique IP addresses and machines, and can be facilitated by malware. DoS and DDoS attack scans are carried out on a daily basis, and non-profit multinational companies, regardless of size, can fall victim to them. Such attacks can cause a significant slowdown or even bring down the online services, email, websites, and other digital operations of these companies. Cybersecurity operations may sometimes be disrupted by DoS and DDoS attacks, which can allow criminal activities such as data theft and network infiltration to take place, resulting in the loss of valuable company data. Our DoS and DDoS dataset for the malware detection system employs a single methodology, which involves the use of Python code. This paper will focus on assessing the accuracy of the DoS and DDoS dataset within the malware detection system.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/17Menjejak Potensi: Kajian Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik terhadap Pembangunan Kompetensi Akademik dan Sosial dalam Kalangan Pelajar KKBgD2024-06-11T14:18:32+00:00Muhamad Azlin Ismailazlin@kkbgd.edu.myNorzalina Mohd Yusofnorzalina@kkbgd.edu.myMuhammad Afiq Norazmanafiq@kkbgd.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh penggunaan Sistem Penasihatan Akademik (SPA) terhadap keputusan peperiksaan dan pencapaian sosial pelajar Sijil Komputer dan Rangkaian (SSK) di Kolej Komuniti Bagan Datuk (KKBgD). Kajian melibatkan 70 pelajar sijil Sistem Komputer dan Rangkaian ( SSK ) yang menggunakan SPA dan yang tidak menggunakan SPA. Data dianalisis menggunakan ujian t dan analisis varian (ANOVA) menggunakan perisian Phyton. Dapatan menunjukkan perbezaan tidak signifikan dalam keputusan peperiksaan keseluruhan, tetapi perbezaan signifikan dalam keputusan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM). Pelajar yang menggunakan SPA menunjukkan keputusan HPNM yang lebih baik. Selain analisis kuantitatif, temuduga tidak berstruktur dilakukan untuk mendapatkan wawasan mendalam tentang impak SPA terhadap keputusan sosial pelajar. Temuduga separa berstruktur mengungkapkan persepsi pelajar tentang keberkesanan SPA dalam membantu mereka berinteraksi dengan penasihat akademik dan rakan sebaya, serta kesedaran mereka terhadap sumber sokongan yang ada di kolej. Hasil temuduga juga menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan SPA cenderung mempunyai kehadiran yang lebih baik dalam aktiviti luar bilik darjah dan lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran akademik. Disyorkan agar penggunaan SPA diteruskan untuk meningkatkan pencapaian sosial dan akademik pelajar. Kajian masa depan boleh mempertimbangkan perbandingan lebih terperinci antara program Sijil SSK dan program Sijil Servis Motosikal Berkuasa TInggi ( SVM ) serta melihat perbezaan keputusan berdasarkan faktor demografi seperti jantina.

2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/19Kajian Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) Kursus Pendek Secara Dalam Talian (E-Pembelajaran) Di Kolej Komuniti Kuala Pilah2024-06-12T03:09:25+00:00Norzita Suzalin Mohd Alinorzitasuzalin@gmail.comHelen Yong Lee Geokhelen@gmail.com
Abstrak

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengkaji keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) kursus pendek pembuatan kek secara dalam talian (online) di Kolej Komuniti Kuala Pilah (KKKP). Kursus pendek yang dilaksanakan di KKKP adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta daripada mana-mana agensi kerajaan, agensi swasta, industri, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan, tanpa mengira peringkat umur dan dimana sahaja lokasi mereka berada untuk menambah ilmu pengetahuan, kemahiran serta meningkatkan taraf sosio ekonomi melalui program yang fleksibel dan mudah alih (mobile). Kajian ini terbahagi kepada tiga aspek utama bagi mengenalpasti tahap keberkesanan PdP kursus pendek pembuatan kek secara dalam talian iaitu tahap keberkesanan fasiliti yang peserta gunakan ketika kursus pendek berlangsung, tahap keberkesanan bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh tenaga pengajar semasa kursus, dan tahap kompetensi peserta terhadap PdP secara dalam talian. Google Form digunakan untuk mengedarkan soal selidik kepada seramai 40 orang responden. Responden terdiri daripada peserta kursus pendek secara dalam talian bagi kursus pembuatan kek tapak kuda dan pembuatan kek manga di KKKP. Statistik diskriptif telah digunakan untuk menganalisa data bagi menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukan tahap keberkesanan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh tenaga pengajar berada pada tahap yang sangat baik dan positif. Manakala tahap keberkesanan fasiliti peserta kursus berada pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukan dua faktor ini sangat memainkan peranan yang penting untuk menigkatkan tahap kompentensi peserta terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kursus pendek pembuatan kek secara dalam talian. Beberapa cadangan kajian dikemukakan bagi meningkatkan keberkesanan PdP kursus pendek secara dalam talian pada masa akan datang yang lebih fokus kepada Teknologi AI dalam pelaksanaan kursus pendek.

Kata Kunci: E-Pembelajaran, Kolej Komuniti, Kursus Pendek Pembuatan Kek
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/20Kebolehpasaran Graduan Program Sijil Perkhidmatan Logistik Kolej Komuniti Di Malaysia2024-06-12T07:33:07+00:00Syahira Md Desasyahira@kkjs.edu.myYasinah Abdul Rahmanyasinah@kkkla.edu.myMohamad Khairul Nizam Mohd Anuar Cheng khairuln@kkjs.edu.my
Abstrak

Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang stabil dan pesat, yang menyebabkan peningkatan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan. Berikutan ini, sektor logistik memainkan peranan penting dalam menyokong rantai bekalan dan pengedaran bagi produk dan perkhidmatan yang semakin meningkat dalam ekonomi yang berkembang. Namun begitu timbul persoalan sejauh mana graduan dari program Sijil Perkhidmatan Logistik (SLK) ini dapat menyokong dan memenuhi keperluan industri logistik yang semakin kompleks. Aspek kebolehpasaran seperti kemahiran praktikal, pengetahuan industri, dan kesesuaian program dengan kehendak majikan mungkin menjadi fokus isu-isu tersebut. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu jabatan untuk mengenal pasti tahap kebolehpasaran graduan SLK yang ditawarkan di Malaysia dan membantu dalam melaksanakan penambahbaikan terhadap program yang ditawarkan seiring dengan kehendak pasaran. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kadar kebolehpasaran graduan dari Program Sijil Perkhidmatan Logistik Kolej Komuniti di Malaysia, mengenal pasti perbandingan kadar pendapatan graduan program SLK dan mengenal pasti kadar kesepadanan pekerjaan graduan dengan bidang pengajian. Sampel kajian adalah daripada data Kajian Pengesanan Graduan 2023 tiga Kolej Komuniti yang menawarkan Sijil Perkhidmatan Logistik iaitu Kolej Komuniti Pasir Mas Cawangan Rantau Panjang, Kolej Komuniti Jasin dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang. Analisis deskriptif diperoleh dengan menggunakan perisian IBM SPSS 27. Secara keseluruhannya graduan SLK Kolej Komuniti mencapai kadar kebolehpasaran yang sangat tinggi iaitu 99 peratus di mana 59 peratus telah bekerja manakala 40 peratus lagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ini menunjukkan bahawa program Sijil Perkhidmatan Logistik adalah sangat relevan sebagai penyedia modal insan di Malaysia.

Kata kunci : Kebolehpasaran, Graduan, Sijil Perkhidmatan Logistik
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/28Mengenalpasti Tahap Kebolehsaingan Pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam2024-06-11T11:40:08+00:00Razizan Samadrazizan@kksbs.edu.myNurul Hilwa Ahmad Aliasrazizan@kksbs.edu.myMuhaimin Rojirazizan@kksbs.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebolehsaingan pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB), dengan tumpuan kepada aspek kebolehsaingan peningkatan diri, komunikasi, dan kerja. Selain itu, kajian juga mengkaji perbezaan kebolehsaingan antara pelajar mengikut jantina. Responden terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 123 pelajar yang mengikuti program Sijil Teknologi Elektrik (SKE), Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP), Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK), dan Diploma Teknologi Senibina (DAT) di KKSB. Metodologi kajian melibatkan penggunaan soal selidik sebagai instrumen utama. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 23 untuk mendapatkan nilai skor min dan peratus. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehsaingan pelajar secara keseluruhan adalah sederhana tinggi, dengan nilai purata skor min sebanyak 3.86. Kebolehsaingan peningkatan diri, komunikasi, dan kerja menunjukkan variasi nilai min yang berbeza-beza: 3.62 hingga 4.20, 3.19 hingga 4.17, dan 3.75 hingga 4.24 masing-masing. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa pelajar KKSB mempunyai tahap kebolehsaingan yang baik dalam aspek peningkatan diri, komunikasi, dan kerja. Perbezaan dalam kebolehsaingan antara jantina turut diperincikan. Kajian ini memberi implikasi kepada pentadbir pendidikan untuk merancang dan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan pembangunan kebolehsaingan pelajar.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/29Pembangunan Projek 'Relex Station' Berkuasa Solar 2024-07-07T01:03:55+00:00MUHAMMAD AMMRI MAHMOODmuhdammrimahmood@gmail.comEDRY SYAZA IZWAN FAIZALedrysyazaizwan@gmail.comAhmad Hafiz MohammadMuhdammrimahmood@gmail.com
Projek ini bertujuan untuk menginovasi pembangunan Relex Station dengan menyediakan kemudahan lampu dan kipas yang beroperasi menggunakan tenaga solar, sebagai usaha untuk menambahbaik keselesaan pengguna dan mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu. Melalui integrasi sistem solar, projek ini juga bermatlamat untuk mengurangkan kesan karbon dan mempromosikan kelestarian alam sekitar. Pembangunan Relex Station ini merangkumi pemasangan panel solar, bateri penyimpanan tenaga, serta sistem kawalan yang cekap untuk mengoperasikan lampu LED dan kipas. Reka bentuk Relex Station diadaptasi untuk memaksimumkan pengumpulan tenaga solar, sambil memastikan kestabilan struktur dan keselesaan pengguna. Kajian dan analisis keberkesanan sistem dilakukan untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga dan memastikan kelestarian operasi dalam pelbagai kondisi cuaca. Pengguna menunjukkan respons positif terhadap peningkatan keselesaan yang disediakan oleh lampu dan kipas, serta kepuasan terhadap inisiatif kelestarian tenaga. Projek inovasi pembangunan Relex Station dengan kemudahan lampu dan kipas berkuasa solar ini berhasil menawarkan solusi yang praktikal dan lestari untuk meningkatkan keselesaan ruang awam. Melalui penggunaan tenaga boleh baharu, projek ini menyumbang ke arah pengurangan jejak karbon dan mempromosikan kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar. Ke depan, projek ini berpotensi untuk diperluas ke lebih banyak lokasi, dengan penambahbaikan berdasarkan maklum balas pengguna dan teknologi tenaga solar yang semakin berkembang.

2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/38Persepsi Pelajar Terhadap Corak Pengajaran Pensyarah dan Pembelajaran Pelajar SKE di KKMT2024-06-11T11:24:06+00:00Muhd Abu Bakar Muhd Radziabubakar@kkmt.edu.myZuraida Osmanabubakar@kkmt.edu.myMohd Zairil Zainalabubakar@kkmt.edu.my
Pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting kepada pelajar dalam memperolehi kecemerlangan akademik. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat menarik minat pelajar dan dapat mengelakkan pelajar daripada bosan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk melihat corak pengajaran pensyarah dan corak pembelajaran pelajar Program Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar semester 2 & semester 3 bagi sesi 2 2023/2024 iaitu seramai 88 orang. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan kaedah kajian kuantitatif dan instrumen kajian dengan menggunakan borang soal selidik. Data-data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0 yang melibatkan analisis diskriptif. Skor min digunakan untuk menjawab persoalan kajian untuk melihat corak pengajaran pensyarah dan corak pembelajaran pelajar. Dapatan kajian menunjukkan corak pengajaran pensyarah dan corak pembelajaran pelajar berdasarkan persepsi pelajar adalah pada tahap tinggi, namun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pensyarah dan pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Objektif pertama kajian ini adalah mengenalpasti corak pengajaran pensyarah yang perlu dibaiki dan objektif kedua adalah mengenalpasti corak pembelajaran pelajar yang perlu dibaiki untuk meningkatkan kefahaman pelajar berdasarkan persepsi pelajar. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, beberapa cadangan boleh digunakan sebagai panduan dalam bidang ini. Antara cadangan ialah menjalan kajian terhadap pensyarah untuk melihat kepelbagaian kaedah pengajaran pensyarah. Selain itu, disarankan juga menjalankan kajian untuk melihat hubungan corak pengajaran pensyarah dengan corak pembelajaran pelajar.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/39Penilaian Kebolehgunaan dan Kepuasan Pengguna Terhadap Aplikasi Mudah Alih e-ODE di Kalangan Pelajar Politeknik Mersing2024-06-24T13:53:52+00:00Sahrol Ramlisahrolramli@tvet.pmj.edu.myAnis Abdul Kaharanis@psas.edu.myHazwani Bachokhazwani@ptsn.edu.mySiti Rohana Kamilsitirohana.kamil@kksarikei.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan dan kepuasan pengguna terhadap aplikasi mudah alih e-ODE di kalangan pelajar Kejuruteraan Elektrik (DEE & DET) di Politeknik Mersing. Aplikasi ini merupakan aplikasi android, dibangunkan menggunakan perisian Adobe Animate yang mengandungi nota, contoh penyelesaian, soalan latihan dan soalan peperiksaan lepas bagi sub topik Ordinary Differential Equation dalam kursus DBM30043 Electrical Engineering Mathematics. Dalam usaha memahami persepsi pengguna terhadap aplikasi tersebut, kajian ini mengintegrasikan kerangka kerja model reka bentuk m-ADDIE. Pendekatan kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui pengumpulan data dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 62 pelajar yang menggunakan aplikasi e-ODE. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) untuk menghasilkan hasil kajian berbentuk statistik deskriptif (kekerapan, min, peratus dan nilai-t). Ujian t digunakan dalam kajian ini, adalah bagi melihat perbezaan persepsi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE) dan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET) terhadap penilaian kebolehgunaan dan kepuasan penggunaan aplikasi e-ODE ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa 3 domain yang dipilih iaitu reka bentuk/reka letak, kemudahgunaan dan kepuasan adalah merupakan faktor utama yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi e-ODE ini, berikutan hasil kajian menunjukkan faktor-faktor ini telah mendapat skor min pada tahap tinggi. Dalam konteks ini, kajian ini memberikan sumbangan penting kepada pembangunan aplikasi mudah alih e-ODE dengan mengenal pasti keperluan pengguna serta peluang penambahbaikan yang perlu diambil kira oleh penyelidik. Implikasi kajian ini tidak hanya terbatas kepada Politeknik Mersing tetapi juga boleh diterapkan dalam konteks institusi pendidikan tinggi yang lain. Justeru, pemahaman yang lebih baik tentang kebolehgunaan dan kepuasan pengguna terhadap aplikasi mudah alih e-ODE dapat membantu dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar di era digital ini.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/42Tren Penglibatan Golongan Rentan dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Selandar Sebelum dan Selepas Pandemik COVID-192024-06-25T01:22:12+00:00Nur Azlin Azharinurazlin.azhari@kkselandar.edu.myNor Hidayah Ahmad Mustafadayahmlk@yahoo.comNor’akma Osmanakma5182@gmail.com
Pandemik COVID-19 telah banyak memberi impak kepada kehidupan manusia terutamanya golongan rentan seperti penjarakkan jurang ketidaksamarataan sosial berbanding sebelum ini disebabkan oleh faktor peningkatan pengangguran dan gangguan pendidikan. Oleh itu, program PSH yang bertujuan untuk memberikan pendidikan dan pembelajaran kepada segenap lapisan masyarakat dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran disamping menjana pendapatan dan meningkatkan taraf ekonomi mula mendapat perhatian. Oleh yang demikian, Kolej Komuniti sebagai pusat pembekal PSH utama di Malaysia perlu mengenal pasti perubahan yang berlaku keatas tahap penglibatan golongan rentan dalam PSH sebelum dan selepas pandemik COVID-19 bagi memastikan peranan Kolej Komuniti sebagai pembekal PSH bagi golongan sasaran mencapai matlamat. Penggunaan data sekunder yang diperolehi dari sistem e-PSH, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi melihat tren penglibatan golongan rentan bagi julat tempoh masa 2019 hingga 2023 digunakan dalam proses pengumpulan data. Data yang dikumpulkan kemudian dan dibentangkan dalam bentuk graf dan jadual agar dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh. Analisa menunjukkan golongan belia mencatatkan bilangan penyertaan tertinggi pada tahun 2019 dengan 1991 orang peserta diikuti oleh golongan miskin dengan 1853 orang peserta pada tahun 2023. Manakala, orang asli menunjukkan tahap penglibatan paling rendah dengan 13 orang peserta sahaja melalui dua tahun penglibatan iaitu tahun 2021; 2 orang dan 2023; 11 orang. Tahun 2020 menunjukkan penurunan penyertaan yang mendadak berbanding tahun 2019 (3063 orang peserta) mungkin disebabkan oleh pandemik COVID19 yang membataskan pergerakan orang ramai melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perbezaan kadar penglibatan yang jelas dapat dilihat daripada penyertaan oleh golongan miskin dalam PSH sebelum; 861 orang dan selepas; 1853 pasca pandemik. Seperti yang kita sedia maklum, pengurangan pendapatan dan juga pengangguran yang telah menyebabkan penambahan kepada bilangan orang miskin secara langsung. Situasi ini menyebabkan masyarakat mula mencari peluang dan ruang untuk meningkatkan kemahiran dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan PSH. Oleh yang demikian, perubahan dalam tren penglibatan golongan rentan dalam PSH di Kolej Komuniti Selandar mengikut kategori sebelum dan selepas pandemik dapat dilihat kesan dari beberapa faktor yang telah dikenalpasti.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/43Pemikiran Reka Bentuk Dalam Latihan Perguruan Abad 21 di Institut Pendidikan Guru Malaysia: Satu Tinjauan Awal2024-06-27T03:18:46+00:00Badruddin Hassanbadruddinhassan@ipgm.edu.my
Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi yang sangat pesat dalam bidang pendidikan menuntut siswa guru menyediakan diri dengan pengetahuan dalam kemahiran reka bentuk bagi membantu mereka melaksanakan segala aktiviti berorientasikan pembelajaran abad ke-21 ini. Kajian ini berdasarkan tinjauan literatur bertujuan untuk menilai bagaimana pendekatan Pemikiran Reka Bentuk (PRB) digunakan dan mempunyai perkaitannya dengan latihan perguruan dalam kalangan siswa guru. Penulisan ini memberi tumpuan carian artikel ilmiah berdasarkan literatur kajian daripada pelbagai sumber pengkatan data seperti Springer, Google Scholar, Elsevier, Science Direct, EBCOHost, ERIC, ResearchGate, Pro Quest, SAGE dan Routledge Taylor & Francis. Sebanyak 117 artikel dikumpul (N=117) daripada pelbagai disiplin kajian berkaitan pelaksanaan PRB dalam latihan perguruan. Berdasarkan penelitian ini, empat isu utama dikenal pasti terdiri daripada pembinaan pengetahuan dan kemahiran siswa guru terhadap PRB, penyediaan bahan PdP, dan strategi dan kaedah PdP melalui sokongan TPACK terhadap pembangunan PRB dan cabaran terhadap kompetensi siswa guru. Kajian literatur ini memberi tumpuan kepada artikel-artikel yang diterbitkan antara tahun 2018 hingga 2024. Untuk menganalisis penyelidikan, pengkaji menggunakan aplikasi Mendeley bagi memudahkan pengkaji mengelompokkan isu berkaitan PRB bagi penulisan berikutnya. Hasil penelitian ini menunjukkan kebolehlaksanaan PRB dalam kurikulum latihan perguruan mempunyai nilai tambah yang relevan dijadikan sebagai sebahagian daripada kemahiran yang perlu dikuasai siswa guru.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/44Kajian Keberkesanan Program Diploma in Rail Signalling and Communication Technology di Kolej Komuniti Masjid Tanah 2024-06-20T00:38:29+00:00Mohammad Hairy Kharauddinmhairydin5857@gmail.comWan Ahmad Ramzi Wan Yusufhairy@kkmt.edu.myMohd Fitri Ab Rasidhairy@kkmt.edu.my
Kajian ini dikemukakan untuk membentangkan keberkesanan program Diploma in Rail Signalling and Communication Technology (DSC) yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) untuk tindakan pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Sehubungan itu, penawaran DSC adalah bersesuaian bagi mewujudkan peluang potensi bagi pelajar lepasan SPM dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan yang disediakan berikutan tiadanya kolej komuniti di kawasan Parlimen Masjid Tanah dan Malaysia umumnya. Parlimen Masjid Tanah terletak di bawah Daerah Alor Gajah, Melaka. Maka adalah relevan untuk kajian keberkesanan program dilakukan selepas pelaksanaan program ini. Hal ini menjadi satu keperluan kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk memperluaskan akses pelajar dan masyarakat setempat kepada bidang TVET yang ditawarkan. Ianya dapat meningkatkan reputasi pihak jabatan sebagai institusi TVET dan menarik lebih ramai lepasan menengah dan sijil untuk mengikuti program yang ditawarkan. Bagi merealisasikan pertambahan enrolmen graduan TVET, golongan belia bakal menyumbang sebagai tenaga kerja yang akan memenuhi permintaan industri serta memacu pertumbuhan ekonomi negara. Secara keseluruhannya skor min bagi persoalan kajian yang diutarakan terhadap program DSC adalah tinggi. Kewujudan program ini menarik minat kepada pemegang taruh yang memberi kesan yang tinggi kepada keberkesanan program ini. Berdasarkan maklumbalas, didapati mereka walaupun ada yang tidak mengenali Kolej Komuniti tetapi melihat kepada potensi pelajar yang dilatih memberikan gambaran yang baik kepada kewujudan program ini di Malaysia. Program DSC adalah relevan untuk diteruskan dalam mencapai misi bagi menyediakan modal insan berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang. Daripada soal selidik yang dijalankan didapati responden bersetuju tahap keberkesanan program ini.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/49Analisis Persepsi Pelajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang Bagi Penggunaan E-Book Reservation Semudah 1232024-06-11T10:52:00+00:00Nurazlina Mohd Razalinurazlina@kkbbm.edu.mySiti Norakma Abd Muinakma@kkbbm.edu.myNazelira A Rahimnazelira@kkbbm.edu.my
e-Book: RESERVATION SEMUDAH 123 dibangunkan sebagai alat bantu mengajar (ABM) oleh pensyarah bagi Kursus Front Office Sijil Operasi Perhotelan (SOP) Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka (KKBBM). Ia menerangkan tentang prosedur penempahan untuk bilik hotel dan istimewanya e-book ini dilengkapi dengan contoh-contoh dialog bersuara yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti maklumbalas terhadap e-Book ini dalam kalangan pelajar SOP 2 dan SOP 3 dari segi reka bentuk, susun atur, tahap pemahaman pelajar terhadap Modul Front Office dan impak hasil penggunaannya terhadap penguasaan kefahaman mereka. Pendekatan kuantitatif melalui teknik tinjauan digunakan dengan membuat edaran borang soal selidik yang terdiri dari Skala Likert lima mata. Populasi kajian melibatkan 30 pelajar SOP 02 dan SOP 3 KKBBM yang. Seramai 29 responden dipilih sebagai sampel bagi mewakili populasi sebagaimana yang dicadangkan dalam Jadual Krecie dan Morgan. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0 digunakan untuk menganalisis dapatan yang terkumpul bagi mendapatkan keputusan peratus dan min. Hasil dapatan daripada penyelidikan ini menunjukkan para pelajar bersetuju bahawa e-Book: RESERVATION SEMUDAH 123 sangat membantu dalam Modul Front Office. Dapatan ini penting kepada para pensyarah untuk meneruskan penggunaan e- Book ini dalam pengajaran dan pembelajaran disamping membuat penambahbaikan bagi memastikan penggunaannya sentiasa relevan sebagai ABM pada yang membantu dalam pencapaian hasil pembelajaran pelajar.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/45 Tahap Kesihatan Mental Pelajar Era Pasca Pandemik Covid-19 : Satu Tinjauan Awal2024-06-11T14:16:35+00:00Nazelira A Rahimnazelira@kkbbm.edu.myTan Pey Peytanpeypey@kkbbm.edu.myNorhayati Alinorhayati@kkbbm.edu.my

Abstrak

Isu kesihatan mental kini telah menjadi elemen penting yang mula disedari kepentingannya dalam kesejahteraan kehidupan manusia. Kajian ini dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada isu kesihatan mental pelajar semester 1 (satu) di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Tiga elemen utama yang menjadi topik utama kajian ialah dengan melihat kepada kesihatan mental dari segi stres, kebimbangan dan kemurungan. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur sejauh mana tahap kesihatan mental pelajar bagi elemen tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah soal selidik dalam bentuk google form bagi mengumpul maklumat yang dikehendaki. Kajian ini melibatkan seramai 60 orang sampel pelajar lelaki dan perempuan daripada 66 orang keseluruhan pelajar semester satu di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka (KKBBM). Selain itu, kajian juga dijalankan untuk menguji perbezaan tahap kesihatan mental berdasarkan jantina pelajar. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini telah menggunakan instrumen kajian untuk mengukur tekanan psikologikal iaitu Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21). Dapatan kajian menunjukkan tahap kesihatan mental pada tahap yang normal. Namun demikian, terdapat segelintir pelajar berada pada tahap kesihatan mental yang teruk dan sangat teruk iaitu 1.7 % daripada bilangan keseluruhan sampel kajian bagi elemen tekanan dan 13.3% bagi kebimbangan. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap kesihatan mental pelajar bagi ketiga-tiga elemen dengan jantina pelajar iaitu Mann-Whitney U (283)= -1.377, p=.168 bagi tekanan, Mann-Whitney U (287.5)= -1.289, p=.197 bagi aspek kebimbangan dan Mann-Whitney U (304.5)= -1.010, p=.312 bagi aspek kemurungan. Oleh itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan pihak bertanggungjawab untuk merancang usaha berterusan dalam menjalankan ujian pemeriksaan awal serta program saringan kesihatan mental terutamanya dalam kalangan kepada pelajar. Usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada semua pihak diharapkan dapat mengelakkan masalah yang lebih serius seperti berkecenderungan tingkah laku negatif dan pasif pelajar sepanjang pengajian.

Kata Kunci: DASS-21; Kebimbangan; Kemurungan; Stres.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/50Smartphones Take Control: A DIY Smart Home System Using ESP32 and Blynk2024-06-29T06:00:43+00:00Zainora Kamal ludinzainora@psis.edu.myNur Aliya Jamal aliya@psis.edu.myNuraisyah Auni Mustaphaauni@psis.edu.my
The rapid advancement of technology has significantly transformed modern
living standards. This paper presents the development of a smart home
system based on the Internet of Things (IoT) using ESP32 and Blynk. By
integrating IoT technology, the system enables remote control of home devices,
enhancing convenience, energy efficiency, and security. The study addresses
the challenges of managing debounce delays and optimizing response times,
which are critical for the effective operation of smart home systems. The
findings suggest that a debounce delay of 50ms and 100ms offers optimal
performance, ensuring accurate device control without significant delays. The
project successfully demonstrates the potential of DIY smart home systems in
improving daily life through technological innovation.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/54Templat Pembinaan Model Haji Meningkatkan Kefahaman Murid Membezakan Rukun Haji Dan Perkara Wajib Haji2024-06-12T07:34:39+00:00Nurul Sazwani Idriseone842000@gmail.com

Topik Haji dan Umrah merupakan sub topik bidang Fiqh bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4. Topik ini merupakan topik yang penting dalam kehidupan seorang pelajar muslim kerana ianya merupakan salah satu Rukun Islam dan juga turut terkandung dalam silibus Pendidikan Islam KSSM yang turut disoal dalam peperiksaan SPM. Pengkaji mendapati beberapa orang murid terkeliru di antara Rukun dan Perkara Wajib Haji ini sehingga menyebabkan murid membiarkan kertas jawapan kosong ketika Pentaksiran Pertengahan Tahun dan berlarutan sehingga Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menambah baik amalan pengajaran guru dalam membantu murid membezakan Rukun dan Perkara Wajib Haji sekaligus meningkatkan kefahaman murid tentang perkara tersebut. Dalam kajian ini, murid membina Model Haji menggunakan templat yang disediakan oleh guru untuk membantu mereka membezakan Rukun dan Perkara Wajib Haji. Data dikumpulkan melalui Pentaksiran Akhir Tahun dan analisis dokumen soalan Ujian Topikal 1 sebelum kajian dijalankan. Seramai 2 orang murid lelaki Tingkatan 4 Epsilon terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan pembinaan Model Haji membantu meningkatkan kefahaman murid membezakan Rukun dan Perkara Wajib Haji berdasarkan peningkatan markah iaitu Murid 1 berjaya memperoleh sebanyak 72% markah manakala Murid 2 berjaya memperoleh markah sebanyak 92%. Pengkaji mengharapkan agar inovasi templat pembinaan model haji ini dapat membantu guru-guru Pendidikan Islam dalam menyampaikan pengajaran Topik Haji dan Umrah dengan lebih berkesan khususnya dalam membezakan Rukun Haji dan Perkara Wajib Haji.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/55Faktor-Faktor Pendorong Aktiviti Merokok Dalam Kalangan Mahasiswa Politeknik2024-06-13T01:46:55+00:00MUHAMAD HASHIM AHMADmhashim4225@gmail.comZaharatul Akmar Ahmad Zainuddinakmar@psa.edu.myAhmad Yusri Abd Nasirahmadyusri.abdnasir@gmail.com
Para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti politeknik tidak terkecuali terlibat dalam budaya merokok. Budaya negatif ini telah mengundang kebimbangan kepada pelbagai pihak baik institusi pendidikan, institusi kekeluargaan dan masyarakat. Kesan ketara akibat budaya ini adalah menjejaskan kesihatan, kecemerlangan akademik, kebersihan dan lain-lain. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong pelajar Politeknik Malaysia terlibat dalam aktiviti merokok. Objektif kedua kajian melihat faktor-faktor mengekal pelajar terus merokok sepanjang pengajian. Metodologi kajian ini ialah berbentuk deskriptif menggunakan kaedah ‘convenience sampling’ dengan instrumen borang soal selidik. Populasi kajian ini melibatkan seramai 2,265 orang iaitu keseluruhan pelajar lelaki di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sampel kajian ialah seramai 322 responden berdasarkan Jadual Krejic dan Morgan. Kajian rintis turut dilaksanakan dengan nilai Cronbach Alpha 0.92 iaitu melepasi nilai piawaian 0.60 dan boleh dilaksanakan edaran borang kaji selidik. Data dianalisa menggunakan SPSS berdasarkan frekuensi, purata skor min dan peratus. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mendorong pelajar mula merokok terdiri daripada ahli keluarga dengan purata skor min sebanyak 2.01, rakan sebaya (purata skor min 2.9), diri sendiri (purata skor min 2.81) dan media massa (purata skor min 2.76). Dapatan seterusnya, faktor-faktor yang mengekalkan pelajar terus merokok ialah ketagihan (purata skor min 2.82), stres (purata skor min 2.92), dan rasa tidak bahaya (purata skor min 2.99 ). Semoga dapatan ini membantu para pelajar, masyarakat, institusi pendidikan, dan para penyelidik seterusnya dalam mendepani cabaran merokok pelajar Pusat Pengajian Tinggi ke arah budaya sifar merokok.

2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/58Pencapaian Objektif Program (PEO) Bagi Program Diploma Teknologi Automotif Di Kolej Vokasional Taiping: Satu Kajian Tinjauan2024-06-24T14:07:12+00:00MOHAMMAD HAZRUL MD JORIhazruljori@gmail.com
Kajian pencapaian Programme Educational Objectives (PEO) merupakan salah satu usaha Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPLTV) dan Kolej Vokasional untuk mencapai matlamat organisasi dalam menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Hal ini kerana, objektif pembentukan KV KPM adalah melahirkan 70% graduan TVET yang berkemahiran dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan industri. Pembentukan KV ini juga adalah untuk mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian Diploma Teknologi Automotif untuk memenuhi keperluan industri (BPLTV, 2022). Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian empat PEO Program Diploma Teknologi Automotif di Kolej Vokasional Taiping bagi graduan 2019 dan 2020. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan mengambil pendekatan kaedah kuantitatif dan menggunakan analisis deskriptif kerana kajian ini dapat memperihal tentang sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek dan faktor yang perlu dinilai. Hasil dapatan data kajian ke empat-empat PEO Program Diploma Teknologi Automotif di Kolej Vokasional Taiping menunjukkan kesemua objektif kajian tercapai dengan min melebihi sasaran KPI 3.50 dengan tahap pencapaian pengukuran pencapaian objektif program (PEO) adalah tinggi. Dapatan data kajian ini amat penting kerana graduan merupakan salah satu pihak berkepentingan (stakeholder) yang berhak memperoleh pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah yang merupakan nilai tambah kepada seseorang pelajar semasa melanjutkan pengajian di kolej Vokasional.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/59 Keberkesanan Kursus Pendek di Kolej Komuniti Kota Melaka: Peningkatan Ilmu Kemahiran dan Penjanaan Pendapatan2024-06-12T03:17:14+00:00Rohaida Hani Sabarem Sabaremrohaidahani13@gmail.comNooraziana Anuarohaidahani13@gmail.com
Kolej Komuniti di seluruh Malaysia menyediakan kursus sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan kepada pelajar lepasan sekolah menengah dan juga pelajar yang tercicir serta melaksanakan kursus pendek yang dikenali dengan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kepada komuniti setempat. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini turut memberikan tumpuan kepada program PSH demi melengkapkan masyarakat MADANI dengan pelbagai ilmu kemahiran dan pengetahuan. Sejajar dengan hasrat ini, Kolej Komuniti Kota Melaka (KKKM) telah menawarkan pelbagai kursus kemahiran kepada komuniti setempat yang ingin meningkatkan ilmu kemahiran dan merasai pengalaman menyertai kursus pendek PSH ini. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan kursus pendek di KKKM dalam konteks peningkatan ilmu kemahiran dan juga penjanaan pendapatan dikalangan peserta. Responden kajian melibatkan seramai 50 orang peserta kursus pendek yang pernah menyertai kursus pendek di KKKM dalam bidang kecantikan dan spa dan juga bidang dandanan rambut. Rekabentuk kajian dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 untuk mencari nilai min, frekuensi dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa tahap keberkesanan kursus pendek dari segi peningkatan tahap ilmu kemahiran peserta berada pada tahap yang tinggi dengan nilai purata skor min 4.34 dan dari segi penjanaan pendapatan juga berada pada tahap yang tinggi dengan purata skor min 4.19. Dengan penganjuran kursus pendek yang ditawarkan oleh KKKM didapati tela memberi kesan yang positif kepada peserta dan ia seharusnya diteruskan pada masa hadapan bagi membantu memperkasakan komuniti setempat.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/61 Keberkesanan Program Fighting For Pass Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Matematik Kejuruteraan 22024-06-11T10:50:03+00:00NOOR HIDAYAH AWANGnoorhidayah@pmm.edu.myFARIDAH OTHMANfaridahothman@pmm.edu.my
Kursus Matematik merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh pelajar kejuruteraan politeknik. Bermula sesi 2:2022/2023, pelaksanaan markah minimum 40% bagi penilaian kerja kursus (PKK) dan 20% bagi peperiksaan akhir memberikan kesan yang besar kepada peratus kelulusan untuk kursus Matematik Kejuruteraan 2 secara keseluruhannya. Hasil keputusan peperiksaan akhir Sesi 2: 2022/2023 menunjukkan pola penurunan peratus kelulusan iaitu 77.9% berbanding 86.6% bagi Sesi 1:2023/2024. Tanpa syarat baru ini, peratus kelulusan adalah 98.14%. Namun demikian, syarat baru ini memberikan isyarat kualiti pelajar yang lebih baik dan seimbang dari segi penguasaan ilmu dimana terdapat penurunan bilangan pelajar yang gagal seramai 106 orang pelajar pada sesi 2:2022/2023 kepada hanya 20 orang pelajar yang gagal pada sesi 1:2023/2024. Disebabkan bilangan kegagalan yang tinggi pada sesi 2:2022/2023, satu program Continual Quality Improvement (CQI) iaitu Fighting For Pass berkonsepkan latih tubi dijalankan dan kajian ini dibuat untuk menilai keberkesanan program tersebut dalam memberi kesan keatas pencapaian akademik pelajar bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2. Seramai 149 orang pelajar diambil sebagai responden dan keberkesanan program diukur daripada data soal selidik dianalisis menggunakan SPSS versi 29.0, laporan peperiksaan jabatan, dan laporan CQI bagi sesi 1:2023/2024 dan sesi 2: 2022/2023. Perbandingan data dilakukan ke atas Kadar Lulus dan Gagal Keseluruhan juga perbezaan Course Assessment dan Final Examination (CA-FE). Hasil perbandingan menunjukkan perbezaan yang ketara pada pencapaian peperiksaan akhir pelajar dan menunjukkan keberkesanan program yang tinggi bagi Kursus Matematik Kejuruteraan 2 khususnya.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/68Penerokaan Aplikasi Virtual Reality (VR) Sebagai Pendidikan Interaktif dalam Kursus Automotif di Politeknik Sultan Azlan Shah2024-06-11T10:30:31+00:00Mohd Zulfadli bin Ahmadmzfadliahmad@gmail.comMohd Zakhiri bin Yusofzakhiri@psas.edu.myNoor Athiqah binti Othmanathiqah@psas.edu.my
Pengenalan kepada penerokaan interaktif Virtual Reality (VR) dalam sistem pendidikan merupakan nilai tambah terhadap kefahaman pelajar melalui penggunaannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sedia ada. Ia berpotensi untuk dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi (3D) yang dapat menyokong pembelajaran dan penerokaan dalam konteks pandangan orang pertama (first person perspective) dalam bentuk visualisasi. Pembinaan aplikasi mampu mengatasi masalah kekurangan pengetahuan pelajar sebelum melaksanakan tugasan praktikal. Aplikasi penerokaan interaktif Virtual Reality Automotif dibangunkan dengan menggunakan perisian Unity real-time 3D dan kaedah yang digunakan untuk membangunkan aplikasi ini merujuk kepada ADDIE model yang mengandungi Fasa Analisis, Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Penilaian. Penggunaan VR membolehkan pengguna berinteraksi menggunakan pergerakan mata, badan atau tangan yang mana dapat membantu pelajar memperolehi pengalaman seterusnya memahami struktur dan binaan dalam sistem automotif termasuklah yang terkandung dalam silibus Politeknik Malaysia. Di PSAS, penerokaan VR diterapkan di dalam kursus automotif seperti DJA20013 Automotive Technology 1 dan DJA20032 Automotive Workshop Practice 1. Dengan penggunaan VR, pelajar boleh berinteraktif dan merasai pengalaman sebenar seperti melaksanakan kerja-kerja membaikpulih di bengkel automotif. Pelajar juga dapat mengambil aktif dan menjadikan rujukan sebelum melaksanakan kerja pada komponen automotif yang sebenar. Tahap penerimaan aplikasi adalah tinggi dengan skor min 4.30 dan sisihan piawai 0.706. Ianya menunjukkan aplikasi ini sesuai digunakan sebagai pendidikan interaktif dan memenuhi keperluan pelajar. Inovasi ini juga akan menyokong institusi dalam melaksanakan konsep inovasi digital selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Inovasi ini juga boleh diakses oleh semua pengguna yang berminat dalam bidang teknologi automotif.
2024-09-27T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/71Pembudayaan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) Program Sijil Teknologi Pembuatan, Kolej Komuniti Malaysia2024-06-12T07:50:25+00:00NOR MOHD SYAMSI ABD MALEKnor_mohdsyamsi@kkkua.edu.myMOHAMAD KHIR JOHARI JAMALUDINkhir_johari@kkkua.edu.myMUHAMMAD RIDHWAN ISHAKm.ridhwan@kkkua.edu.my
Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) sudah hangat diperkatakan diseluruh dunia bermula beberapa tahun lalu. Revolusi ini memberi impak yang besar kepada sektor sosioekonomi, teknologi pembuatan, pengkomputeran, automasi dan juga tidak ketinggalan dalam sektor pendidikan. Kajian ini dijalankan bertujuan merungkai amalan membudayakan revolusi IR4.0 di dalam Program Sijil Teknologi Pembuatan, Kolej Komuniti. Aspek-aspek yang difokuskan dalam kajian ilmiah ini adalah seperti tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran pensyarah dalam bidang ini, kesesuaian kurikulum yang digunapakai dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), serta bantuan sokongan pihak pengurusan dan institusi berkaitan kemudahan infrastruktur dan peralatan yang berhubung kait dengan IR4.0. Kaedah kajian secara kuantitatif dipraktikkan, melalui pengedaran soal selidik secara atas talian. Seterusnya, perolehan data dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan bacaan kekerapan, peratusan dan skor min. Dapatan kajian memberikan gambaran bahawa amalan membudayakan dan mempraktikkan elemen IR4.0 di dalam Program Teknologi Pembuatan sedang giat dilaksanakan, sentiasa berterusan dan menampakkan interpretasi yang positif. Hasil kajian ini diharap mampu memberi fakta dan informasi yang bermanfaat kepada pihak kementerian dan pengurusan tertinggi kolej komuniti dalam memacu pendididkan TVET bertunjangkan IR4.0
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/72Memperkasakan Pendidikan Islam Sepanjang Hayat Melalui Program Kemahiran Tahfiz Pondok (PKTP) di Kolej Komuniti Seberang Jaya2024-06-12T07:02:41+00:00Anuar Shukri Ahmadanuarshukri@kksbj.edu.myZai'im Zailan @ Abu Bakar anuarshukri@kksbj.edu.myMohammad Zahir Shaarianuarshukri@kksbj.edu.my
Program Kemahiran Tahfiz Pondok (PKTP) ini dianjurkan dengan tujuan memberi peluang kepada pelajar aliran agama untuk memperluaskan pengalaman pembelajaran mereka di Kolej Komuniti Seberang Jaya dalam pelbagai bidang, sambil memberi nilai tambah kepada pelajar lepasan sekolah yang sedang menunggu keputusan SPM.Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap persepsi Program Kemahiran Tahfiz Pondok (PKTP) di Kolej Komuniti Seberang Jaya. Kajian ini memfokuskan kepada persepsi infrastruktur kolej dan kemahiran pelajar dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar yang mengikuti Program Kemahiran Tahfiz Pondok (PKTP) yang melibatkan kemahiran baik pulih komputer dan pendawaian elektrik. Keputusan kajian mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap infrastruktur yang disediakan di kolej adalah tinggi dengan nilai min sebanyak 4.58 yang mana kelengkapan yang disediakan untuk Program Kemahiran Tahfiz Pondok (PKTP) ini adalah lengkap dan sesuai dengan kehendak program. Selain itu keputusan kajian mendapati kemahiran pelajar juga adalah tinggi iaitu kognitif iaitu bacaan min sebanyak 4.57, untuk afektif sebanyak 4.51 dan tingkah laku sebanyak 4.47 berbanding sebelum pelajar menjalani program tersebut. lni kerana pelajar dapat menambah kemahiran baharu dan meningkatkan kemahiran sedia ada sepanjang mereka menjalani Program Kemahiran Tahfiz Pondok (PKTP) di Kolej Komuniti Seberang Jaya. Justeru itu dengan penglibatan pelajar daripada pelbagai peringkat umur, meningkatkan proses penilaian serta menjalankan program secara berterusan, Program Kemahiran Tahfiz Pondok (PKTP) dapat menjadi lebih efektif dan memberikan impak yang lebih positif kepada pelajar serta masyarakat secara keseluruhannya.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/75Pembangunan Aplikasi (Mobile Learning): MSL-MATH 12024-06-25T08:09:19+00:00NOORAZLINA ABD.KARIMlina8178@gmail.comFadhliana Mohamodfadhliana@polipd.edu.myRuhana Mat Kiaruhana@polipd.edu.my
Pelajar pada hari ini lebih selesa memilih kaedah pembelajaran kendiri yang tidak terikat dengan masa dan tempat yang ditetapkan. Akan tetapi tanpa guru sebagai pembimbing, contoh soalan dalam modul dan buku rujukan yang diberikan tidak menjamin pelajar akan dapat memahami isi pembelajaran yang disediakan. Atas inisiatif ini, aplikasi MSL-Math 1 dibangunkan bagi membantu para pelajar semester 1 politeknik Malaysia yang mengambil kursus Engineering Mathematics 1 untuk menjalani pembelajaran kendiri dengan merujuk kepada satu pautan Link.tree sahaja. Kajian ini membincangkan rekabentuk dan pembangunan kandungan apliksai dengan menggunakan model ADDIE yang telah diubah mengikut kesuaian. Berdasarkan maklum balas yang diberikan menunjukan persepsi pelajar terhadap manfaat kandungan aplikasi ini adalah baik dan membantu mereka menjalankan pembelajaran secara kendiri dengan nilai purata skor min 4.05
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/79Tahap Kesediaan Pelajar dalam Menghadapi Peperiksaan Akhir bagi Kursus Matematik Kejuruteraan2024-06-18T23:35:50+00:00DIANA MALINI JARNIdiana_jarni@psa.edu.myRABIATUL ADAWIYAH ROSLIadawiyah2225@psa.edu.mySITI MARIAM RAJABsitimariam.r@psa.edu.my
Kursus Matematik Kejuruteraan diklasifikasikan sebagai common core course yang perlu diambil oleh pelajar peringkat Diploma dalam jurusan Kejuruteraan di Politeknik. Ia merupakan kursus asas yang perlu dikuasai pelajar dalam mengaplikasikan pelbagai teknik pengiraan dalam bidang Kejuruteraan. Kajian ini melihat kepada tahap persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan akhir menggunakan Buku Analysis of Final Examination Question: Electrical Engineering Mathematics yang diterbitkan sebagai salah satu alat dan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kursus ini. Responden terdiri daripada pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik yang mengambil kursus DBM30043 Electrical Engineering Mathematics. Tinjauan dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik dan analisa dilaksanakan menggunakan perisian Microsoft Excel. Hasil kajian ini menunjukkan peningkatan yang positif terhadap tiga elemen yang penting dalam penguasaan kursus Matematik dan turut menunjukkan bahawa pelajar lebih bersedia dan yakin untuk menduduki peperiksaan akhir. Kesimpulannya, buku Analysis of Final Examination Question sesuai digunakan sebagai salah satu alat dan bahan PdP yang berkesan sebagai langkah persediaan mereka menghadapi peperiksaan akhir.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/83Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Perisian Canva Sebagai Media Reka Bentuk Dalam Proses PdP2024-06-12T07:38:40+00:00WAN NOR SYAZWANI WAN OMARwannorsyazwani@kkpbe.edu.myChe Hazina Che Wil wannorsyazwani@kkpbe.edu.myNurul Huda Abdul Rashidwannorsyazwani@kkpbe.edu.my
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik penggunaan perisian Canva sebagai media reka bentuk dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kalangan pelajar. Canva merupakan platform reka bentuk grafik dalam talian yang popular digunakan untuk mencipta pelbagai jenis bahan visual seperti poster, infografik, dan persembahan. Penelitian ini memberikan gambaran keseluruhan terhadap bagaimana pelajar memanfaatkan Canva dalam konteks PdP. Pemilihan peserta dibuat melalui persampelan tujuan dan menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Seramai 34 orang pelajar yang terdiri daripada Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan yang menggunakan aplikasi Canva dalam PdP mereka. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Data deskriptif yang diperolehi dianalisis dengan mengguna Statistical Package for the Social Science 29.0 (SPSS). Analisis data dilakukan untuk mengenal pasti kelebihan dan cabaran dalam penggunaan Canva dalam konteks PdP. Dapatan hasil kajian menunjukkan aplikasi Canva mempunyai reka bentuk yang mudah digunakan dan mesra pengguna (Min=4.28, SP=0.99). Didapati juga, item pernyataan aplikasi Canva dapat menjimatkan masa pelajar dalam menghasilkan suatu reka bentuk (Min=4.31, SP=1.03), pelajar gembira dengan hasil kerja yang dilakukan dalam aplikasi Canva kerana setanding dengan menggunakan perisian reka bentuk yang lain (Min=4.28, SP=0.97) dan dapatan kajian keseluruhan menunjukkan penggunaan aplikasi Canva telah memberi pelbagai manfaat kepada pelajar dalam proses PdP (Min=4.29, SP=1.0). Penggunaan Canva juga merangsang minat dan kreativiti pelajar serta memudahkan proses pembelajaran dengan menyediakan akses kepada pelbagai templat dan elemen reka bentuk.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/89Kajian Keberkesanan Latihan Industri Bagi Pelajar Sijil Perkhidmatan Logistik Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia2024-06-11T08:28:35+00:00MOHD AZUAN ALIazuan@kkjs.edu.myNURAISHAHTUL AKMAR KAMARUDDINakmar.kk@gmail.comNurhusna Samsurinurhusna@kkjs.edu.my
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan latihan industri dari perspektif pelajar Program Sijil Perkhidmatan Logistik yang mengikuti latihan industri bagi memenuhi syarat lulus Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester empat (4) Program Sijil Perkhidmatan Logistik, Kolej Komuniti Jasin terlibat dalam kajian ini. Satu set borang soal selidik telah diedarkan. Melalui kajian ini, didapati responden memberikan maklum balas yang positif terhadap latihan industri yang perlu dilalui. 4.58% Responden menyatakan latihan industri telah meningkatkan pengetahuan, 4.64% meningkatkan kemahiran praktikal dan 4.59% kemahiran insaniah mereka. Responden juga telah bersedia untuk menjalani latihan industri dimana mereka telah siap dibekalkan dengan pendedahan awal, kepentingan dan persediaan oleh pengurusan Kolej Komuniti Jasin mengenai latihan industri. Bagi merancang kerjaya yang lebih baik pada masa hadapan, menimba ilmu dan pengalaman daripada latihan industri adalah satu faktor terpenting. Oleh yang demikian, pihak pengurusan kolej dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti perlu sentiasa menambah baik aspek program latihan industri untuk memastikan perancangan yang berkesan dan pelaksanaan program latihan industri dalam kalangan pelajar Program Sijil Perkhidmatan Logistik. Borang soal selidik diambil daripada Buku Panduan Pelaksanaan Latihan Industri Kolej Komuniti Edisi 2022. Data yang diperolehi digunakan untuk menilai keberkesanan latihan industri dari perspektif pelajar sama ada persepsi mereka terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap tentang bekerja dalam persekitaran pengurusan logistik telah bertambah baik, kekal tidak berubah atau menurun. Kajian ini menyediakan maklumat praktikal tentang bagaimana pihak kolej boleh menggabungkan komponen latihan industri dalam struktur program dengan lebih berkesan.

2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/91Kesan Penglibatan Pertandingan Kemahiran Terhadap Tahap Kemahiran Sosial dan Psikomotor Pelajar Bakeri dan Pastri KVSP22024-06-11T08:25:46+00:00MARIAM KAMARUDDINmj.kvsp2@gmail.comSITI HAJAR ZAKARIAhbp.kvsp2@gmail.comNOOR HANISAH ADENANhbp.kvsp2@gmail.comMAZLIFAH AHMADhbp.kvsp2@gmail.com
Pertandingan merupakan sebahagian kaedah latihan yang digunapakai untuk meningkatkan kemampuan prestasi dan kemahiran pelajar. Kelas praktikal berjadual yang dihadiri pelajar tidak memadai dan kesan kemahiran sosial dan psikomotor dari kelas tersebut hanya dapat dilihat melalui markah pentaksiran berterusan (PB) setelah selesai keseluruhan minggu (14-17 minggu per semester). Kajian yang dijalankan memberi fokus ke atas pertandingan kemahiran dan membandingkan kesan penglibatan kelompok pelajar yang menyertai pertandingan dengan pelajar yang tidak menyertai pertandingan, dari aspek kemahiran sosial dan psikomotor mereka. Data melibatkan 18 pelajar program Bakeri dan Pastri KVSP2 yang pernah menyertai pertandingan (Kumpulan A) dan 18 pelajar yang tidak pernah menyertai pertandingan (kumpulan B) dari program yang sama. Data diperoleh melalui pemerhatian (kemahiran sosial dan psikomotor) serta dapatan melalui borang soal selidik secara atas talian, Google Form. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) v26. Hasil dapatan menunjukkan kecenderungan positif ke atas kumpulan A dari aspek kemahiran psikomotor manakala kemahiran sosial walaupun terdapat peningkatan namun tidak terlalu besar (signifikan) berbanding Kumpulan B. Penemuan daripada kajian ini menekankan betapa pentingnya penyertaan pertandingan kemahiran dalam kalangan pelajar bagi memastikan pelajar mendapat latihan berterusan.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/93Enhancing Sustainability Performance at Kolej Komuniti Jasin Through Smart Green Initiatives2024-06-12T07:36:46+00:00NORHANA SAFEEaril5559@gmail.comNor Azian Mohd Yussofhb150009@gmail.comMuziah Muhammadfrpjmsi@gmail.com
This paper critically evaluates Kolej Komuniti Jasin's sustainability performance using the UI GreenMetric framework, revealing both strengths and areas for improvement. The assessment shows strong performance in providing green spaces, implementing energy-efficient appliances, and establishing a Zero Emission Vehicle policy, yet highlights significant gaps in renewable energy adoption, carbon footprint reduction, water management, and comprehensive waste management. Methodologically, data was collected and analyzed across six key sectors: Setting and Infrastructure, Energy and Climate Change, Waste, Water, Transportation, and Education and Research. The results indicated scores of 750/1500 for infrastructure, 960/2100 for energy and climate change, 750/1800 for waste, 210/1000 for water, and 835/1800 for transportation, with qualitative analysis for education and research suggesting further integration of sustainability into curricula and research. Conclusively, the study recommends investing in renewable energy, enhancing resource efficiency programs, strengthening waste management, expanding sustainable transportation, integrating sustainability education, and leveraging innovative technologies to align with global sustainability standards and significantly enhance Kolej Komuniti Jasin's sustainability performance.

2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/96 Analisis Keperluan Untuk Membangunkan Modul Pembelajaran Teknologi Woksyop Bagi Pelajar Kolej Komuniti Kluang2024-06-24T14:36:58+00:00MOHD RAMADAN MOHD KHALIDramadan@kkkluang.edu.myMOHD NIZAM MOHD TALIBramadan@kkkluang.edu.myNOR HAIZAM MD WARAPramadan@kkkluang.edu.my
Kursus Teknologi Woksyop direkabentuk untuk melatih pelajar mempraktiskan gerak kerja amali sebenar merangkumi pengenalan kepada amalan keselamatan bengkel, mesin dan peralatan tangan. Kajian analisis keperluan dilaksanakan bertujuan untuk melihat isu dan permasalahan bagi subjek SAU10012 Teknologi Woksyop yang membawa kepada perlunya pembangunan modul pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif melibatkan 48 orang pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan, Kolej Komuniti Kluang menggunakan borang soal selidik. Kajian kuantitatif mempunyai 13 item soal selidik yang dianalisis secara deskriptif melalui skor min terdiri daripada empat kriteria iaitu Kandungan Modul, Ciri-ciri Modul, Gaya Pembelajaran dan Kaedah Penilaian. Dapatan daripada semua item dalam soal selidik menunjukkan skor min yang tinggi terhadap keperluan pembangunan modul untuk topik pembelajaran Peralatan Tangan. Kesimpulannya, isu dan jurang permasalahan yang wujud membawa kepada perlunya pembangunan modul Teknologi Woksyop dalam kalangan pelajar Servis Kenderaan Ringan, Kolej Komuniti Kluang agar hasil pembelajaran yang merangkumi aspek pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar dapat ditingkatkan.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/98Pembentukan Kemahiran Insaniah melalui Badan Beruniform Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS) di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah2024-06-12T04:18:29+00:00Masitah Mohd Alimasitah@psa.edu.mySiti Fadzlina Mohamad Asrictfadzlina@psa.edu.my
Pembentukan kemahiran insaniah dalam kalangan mahasiswa adalah penting dalam mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi cabaran dunia moden yang semakin kompleks. Hal ini kerana, apabila mahasiswa ingin melangkah ke alam pekerjaan, mereka akan dinilai dalam pelbagai aspek oleh majikan. Di politeknik, mahasiswa diberi peluang untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab, sukan serta badan beruniform. Melalui penglibatan kokurikulum ini, mereka dapat membangunkan kemahiran insaniah dalam melahirkan mahasiswa yang berholistik, berkualiti tinggi, dan berketrampilan. Objektif kajian ini dilakukan bagi untuk mengukur elemen-elemen kemahiran insaniah yang telah diterap dalam diri mahasiswa sepanjang penglibatan dalam Badan Beruniform Briged Rela Siswa Siswi (RELASIS), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Selain itu, objektif kajian juga adalah untuk mengkaji apakah kemahiran insaniah yang paling tinggi diperolehi oleh mahasiswa RELASIS PSA. Seramai 45 orang mahasiswa PSA yang berdaftar sebagai ahli RELASIS bagi sesi 2 2023/2024 dipilih sebagai responden kajian. Analisis data yang bersifat kuantitatif akan menilai empat elemen kemahiran insaniah iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran etika dan moral, kemahiran kerja berpasukan serta kemahiran kepimpinan melalui penglibatan aktiviti yang dijalankan seperti kawad kaki, ujian menembak, rempuh halangan dan program kesukarelawan. Hasil dapatan kajian, didapati bahawa kemahiran insaniah kerja berpasukan merupakan nilai min paling tinggi iaitu 4.69 diikuti dengan kemahiran etika dan moral (4.53), kemahiran berkomunikasi (4.42) dan kemahiran kepimpinan (4.31). Secara keseluruhan, kajian ini memberi impak yang positif bahawa penyertaan mahasiswa dalam unit beruniform khususnya RELASIS dapat membentuk kemahiran insaniah dan akan mencadangkan pendekatan yang sesuai bagi meningkatkan lagi aspek kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar RELASIS PSA pada masa kelak.
2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/100Tinjauan Terhadap Kesejahteraan Kesihatan Mental Belia Malaysia: Analisis Indeks Belia Malaysia 2021 dan 20222024-06-12T07:09:40+00:00Syuhada Mokhzansyuhada@iyres.gov.myShahhanim YahyaShahhanim@yahoo.comVellapandian PonnusamyVellapandian@yahoo.com
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melaporkan tentang kesejahteraan kesihatan mental dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui hasil dapatan kajian Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM’21) dan Indeks Belia Malaysia 2022 (IBM’22). IBM’21 memperkenalkan pelbagai penambahbaikan berbanding tahun – tahun terdahulu (2006 – 2020). Penambahbaikan berterusan ini disokong oleh hasil dapatan kajian yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) bagi tahun 2016 dan 2019. IBM dilaporkan melalui enam domain dan 41 indikator dihasilkan bertujuan bagi menyediakan input bagi penilaian dan perancangan bagi Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025). Namun, kajian ini memfokuskan kepada Domain Kesejahteraan Mental dan Fizikal serta hanya membincangkan hasil dapatan kajian daripada Indikator Kesihatan Mental yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tekanan, kebimbangan dan kemurungan sahaja. Kajian ini dilaksanakan ke atas belia berusia 15 sehingga 30 tahun dengan menggunakan Blok Perhitungan (BP) yang dibangunkan oleh Jabatan Perangkan Malaysia (DOSM) bagi pengumpulan data melalui kaedah kuantitatif berdasarkan lokaliti responden yang terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan berdasarkan skala 0 hingga 100 melaporkan skor kesihatan mental tahun 2022 meningkat sebanyak 3.53 berbandingan tahun 2021, indikator tekanan dilihat merupakan antara skor yang paling rendah berbanding indikator kebimbangan dan kemurungan. Hasil analisis skor pencapaian kesihatan mental ini dapat memberikan gambaran tentang keadaan kesihatan mental dalam kalangan belia dan memberikan informasi tentang tekanan, kebimbangan, serta kemurungan. Selain itu, dapatan kajian ini dapat membantu pemegang taruh pembangunan belia dalam merangka strategi yang lebih efektif dan memberikan sokongan kepada individu yang memerlukan bantuan.

2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/102Kajian Analisis Berdasarkan Trend Permintaan Dan Penyertaan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Di Kolej Komuniti Ledang2024-06-12T05:46:50+00:00Ayubkhan Abdul Kadirayubkhan@lecturer.kklej.edu.myZurani Buang ayubkhan@lecturer.kklej.edu.myOmar Anuarayubkhan@lecturer.kklej.edu.my
Abstrak

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah pendekatan pembelajaran yang penting untuk memenuhi keperluan pendidikan dan latihan sepanjang hayat bagi komuniti setempat. Kolej Komuniti Ledang (KKLJ) telah menunjukkan prestasi cemerlang Persist POLICC Sistem Performance Sysem dalam penyertaan kursus PSH bagi tiga tahun berturut-turut. Walau bagaimanapun, analisis bertulis terhadap kluster bidang yang mempengaruhi pencapaian penyertaan kursus PSH masih belum dilakukan. Satu kajian telah dibangunkan bertujuan untuk menganalisis trend permintaan dan penyertaan kursus PSH di KKLJ. Instrumen kajian ialah pemerhatian data dari pelaporan kursus PSH yang diperolehi melalui sistem ePSH. Objektif kajian ini unutk mengkaji trend permintaan mengikut kluster kursus PSH yang ditawarkan di KKLJ dan Mengenal pasti kursus PSH yang popular di KKLJ. Dapatan kajian dibantu oleh perisian Microsoft Excel untuk menghasilkan graf perbandingan kluster di mana kluster bagi katering dan sajian iaitu pastri di KKLJ mendapat 40.20 peratus manakala kluster yang lain peratusan di bawah 9.00 peratus. Melalui kajian ini, diharapkan pemahaman yang lebih mendalam dapat diperolehi mengenai permintaan dan penyertaan kursus PSH serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Hasil kajian ini akan memberikan panduan kepada pihak pengurusan dalam meningkatkan permintaan dan penyertaan kursus PSH, serta memberi implikasi kepada pengurusan kursus PSH di KKLJ.

2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/104Perbezaan Faktor Mengikuti Kursus, Kemahiran Tenaga Pengajar, dan Objektif Kursus Berdasarkan TahapPengalaman Berniaga Peserta empowerNCER Daerah Kulim dan Bandar Baharu 20232024-06-12T02:35:19+00:00Nurul Husna Mohammad Taibnurulhusna@kkkulim.edu.mySiti Aishah Nayansitiaishah@kkkulim.edu.my
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap faktor mengikuti kursus, kemahiran tenaga pengajar dan objektif kursus peserta empowerNCER Daerah Kulim dan Bandar Baharu bagi tahun 2023. Keberkesanan kursus ditentukan melalui ketiga-tiga faktor ini berdasarkan faktor pengalaman berniaga. Metadologi menggunakan soal selidik di atas talian telah dijalankan terhadap 138 orang peserta di bawah kategori Kursus Jahitan Dan Rekabentuk Fesyen (35), Kursus Urutan Dan Penjagaan Selepas Bersalin (37), Kursus Baik Pulih Telefon Bimbit (15), Kursus Pembuatan Dan Pemprosesan Produk Hiliran (33) serta Kursus Multimedia Kreatif Dan Pencipta Kandungan Kreatif (34). Hasil dapatan ANOVA menunjukkan bahawa peserta yang berniaga lebih dari 5 tahun mempunyai tahap sebab mengikuti kursus yang tinggi, sebaliknya peserta yang berniaga 2 – 3 tahun memilih tahap kemahiran tenaga pengajar dan objektif kursus yang tinggi dalam mengukur tahap keberkesanan kursus. Hasil kajian menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan berdasarkan peringkat pengalaman berniaga di mana nilai signifikan bagi aspek objektif kursus dan kemahiran tenaga pengajar.

2024-11-12T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/105Pendidikan TVET Inklusif Untuk Pelajar OKU (Masalah Pembelajaran): Kajian Kes Keperluan Program Sijil Khas Ikan Hiasan di Kolej Komuniti Tampin2024-06-11T08:22:27+00:00Norashikin Anjurnorashikinanjur@gmail.comNurul Johanna Jemainnorashikinanjur@gmail.comWan Aishah Yusoffnorashikinanjur@gmail.com

Kajian ini tentang pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang disesuaikan untuk individu kurang upaya pembelajaran (OKU) di Malaysia. Ia mengetengahkan keperluan penting amalan inklusif yang sesuai dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pelajar OKU. Cabaran ini termasuk kelewatan pendedahan, perkhidmatan sokongan yang tidak mencukupi dan stigma masyarakat yang menghalang prospek pendidikan TVET mereka. Kajian ini menyokong usaha kolaboratif diantara institusi TVET, profesional pendidikan khas dan majikan untuk memudahkan serta melancarkan transisi ke dalam tenaga kerja dan memupuk persekitaran inklusif yang kondusif untuk kejayaan pelajar OKU. Kajian kes telah dijalankan terhadap analisis keperluan program Sijil Khas Ikan Hiasan di Kolej Komuniti Tampin pada tahun 2023. Program ini khusus dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelajar OKU dalam kategori masalah pembelajaran, sejajar dengan perkembangan pesat industri ikan hiasan global. Kajian ini bertujuan untuk menilai penjajaran program dengan keperluan industri serta peluang kerjaya untuk graduan dan menggunakan soal selidik secara dalam talian yang diedarkan kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk komuniti, agensi, institusi pendidikan dan pemain industri. Dapatan kajian menunjukkan 95.5% responden menyatakan graduan bagi program ini mudah diterima di alam pekerjaan atau menyambung pengajian dan 97.7% responden menyatakan program ini dapat melahirkan graduan yang diingini oleh industri. Kajian menunjukkan program ini boleh dilaksanakan di Kolej Komuniti Tampin kerana responden bersetuju program ini dapat meningkatkan peluang kerjaya bagi pelajar OKU (masalah pembelajaran).

2024-09-04T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/108Pembelajaran Sepanjang Hayat Pasca-Pandemik : Kajian Kes Kolej Komuniti Kuantan2024-06-12T02:34:01+00:00Mohamad Khir Johari Jamaludinkhir_johari@kkkua.edu.myMohd Hariz Ibrahimhariz@kkkua.edu.myAzliza Yusopazlizayusop@yahoo.com
Abstrak

Kajian ini bertujuan meneliti kesan pandemik COVID-19 terhadap sistem pendidikan di Malaysia, khususnya dalam mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dan penilaian pembelajaran yang lebih fleksibel. Transformasi ini juga melibatkan penerimaan penggunaan platform pembelajaran atas talian, menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai strategi pendidikan yang penting untuk ketahanan individu, pemulihan ekonomi, dan kemajuan masyarakat dalam dunia pasca-pandemik.

Metodologi kajian melibatkan kajian kes di Kolej Komuniti Kuantan dengan menggunakan wawancara semi-terstruktur, pengamatan, dan analisis dokumen berkaitan pembelajaran sepanjang hayat (PSH). Sampel kajian terdiri daripada individu-individu yang terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat dari pelbagai latar belakang demografi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gangguan yang disebabkan oleh pandemik telah mencetuskan perubahan paradigma dalam sikap terhadap pendidikan, dengan pembelajaran sepanjang hayat mendapat perhatian yang lebih besar. Ini memungkinkan individu dari pelbagai latar belakang untuk memperoleh kemahiran baru dan kompetensi yang diperlukan dalam pasar kerja yang berkembang pesat. Kesimpulannya, pembelajaran sepanjang hayat adalah penting untuk menghadapi ketidakpastian dunia pasca-pandemik. Kajian ini menggariskan peranan pembuat dasar, pendidik, dan industri dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat dan memastikan program-program pendidikan sesuai untuk inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

Katakunci: Pengajian Sepanjang Hayat, Pasca Pandamik, COVID-19, Kajian Kes
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/41Penglibatan Golongan Rentan dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti2024-06-12T03:55:48+00:00Zam Zarina Md Zainzamzarinamdzain@kkjel.edu.myHalijah Yusofyusofhalijah@gmail.comNur Azlin Azharinurazlin.azhari@kkselandar.edu.my
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) telah menjadi satu agenda global bagi menghadapi pelbagai cabaran dan perkembangan pantas teknologi masa kini. Pembudayaan PSH di peringkat nasional dapat memacu pertumbuhan ekonomi,kemajuan dan kemakmuran negara. Kolej Komuniti di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) memperkasakan PSH dikalangan masyarakat dan komuniti setempat sejak ia ditubuhkan pada tahun 2001. PSH Kolej Komuniti telah mewujudkan peluang melalui kursus-kursus pendek kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan rentan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penglibatan golongan rentan dalam program PSH di Kolej Komuniti seluruh Malaysia serta mengenalpasti faktor pendorong terhadap penglibatan golongan rentan dalam PSH. Peringkat pertama kajian adalah dengan menganalisa data sekunder yang diperolehi dari sistem e-PSH JPPKK bagi tahun 2019 - 2023. Seterusnya, kaedah temubual kumpulan berfokus bersama 15 orang panel yang merupakan golongan rentan yang pernah menyertai program PSH di Kolej Komuniti dijalankan bagi mengenal pasti faktor pendorong penglibatan mereka dalam PSH. Kesemua data temubual yang diperolehi kemudiannya dianalisa menggunakan analisa tematik dan diterjemahkan kedalam jadual matriks. Hasil dapatan mendapati golongan belia adalah yang paling ramai melibatkan diri dalam PSH pada tahun 2019-2023 dengan penyertaan sebanyak 356,513 orang. Tahun 2023 pula menunjukkan penglibatan golongan rentan yang paling ramai iaitu penyertaan sebanyak 194,730 orang. Penglibatan golongan rentan dalam PSH juga dilihat dapat menyumbang kembali kepada pembangunan ekonomi negara apabila golongan ini dapat bekerja sendiri, hidup berdikari dan mengurangkan kadar kebergantungan terhadap bantuan daripada kerajaan. 80% daripada panel menyatakan bahawa faktor yang mendorong penglibatan mereka dalam PSH adalah disebabkan oleh (ii)Peningkatan pendapatan dan Kemahiran, manakala 73% menjawab (i) minat dan sikap serta (iv) Fleksibel dan kebolehcapaian. Ini menunjukkan beberapa penambaihbaikan boleh dilaksanakan bagi bagi meningkatkan lagi kadar keterlibatan semua kategori golongan rentan terutamanya golongan ibu tunggal, OKU dan orang asli. Hal ini kerana aspirasi untuk membudayakan PSH bagi komuniti setempat serta golongan rentan adalah usaha berterusan yang perlu dimainkan oleh semua pihak dalam memastikan objektif PSH negara dapat direalisasikan dengan jayanya.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/62Kesedian Pelajar Sijil Teknologi Maklumat Terhadap Penggunaan Aplikasi ChatGPT dalam Pembelajaran Pengaturcaraan: Satu Kajian di Kolej Komuniti Paya Besar2024-06-11T10:38:22+00:00Noorasmahwati Md. Diahnoorasmahwati@kkpbe.edu.mySufian Mastornoorasmahwati@kkpbe.edu.my
Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang pendidikan telah merubah landskap pendidikan dan menawarkan peluang baharu untuk pembelajaran. Aplikasi ChatGPT adalah salah satu contoh inovasi daripada teknologi AI. Aplikasi ChatGPT diperkenalkan oleh OpenAI pada tahun 2022. Kursus pengaturcaraan merupakan kursus wajib bagi pelajar Sijil Teknologi Maklumat (STM). Kursus ini adalah asas dan wajib dikuasai oleh pelajar STM. Aplikasi ChatGPT ini berpontensi membantu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran pengaturcaraan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan, penerimaan pelajar dan faktor yang mempengaruhi pelajar STM, Kolej Komuniti Paya Besar terhadap penggunaan aplikasi ChatGPT. Instrumen kajian menggunakan soal selidik. Seramai 56 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan semester 2, bagi program Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang responden untuk kesemua 25 item bagi mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian. Dapatan menunjukkan nilai alpha Cronbach adalah 0.987. Ini menunjukkan kesemua item yang dibina adalah bersesuaian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan penerimaan pelajar STM, Kolej Komuniti Paya Besar terhadap penggunaan aplikasi ChatGPT dalam pembelajaran pengaturcaraan berada pada tahap yang tinggi. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi pelajar menggunakan aplikasi ChatGPT dalam pembelajaran pengaturcaraan iaitu kemudahan ICT yang disediakan di kolej mencukupi, keperluan masa kini dan galakan dari rakan sebaya. Kesimpulannya aplikasi ChatGPT banyak memberi manfaat kepada pelajar, namun penggunaan aplikasi ini harus disertai dengan latihan dan bimbingan yang sesuai untuk memaksimumkan manfaatnya.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/73Keberkesanan Kolaborasi bersama Hudbaba Barber Academy dalam menjalankan Kursus Pendek Guntingan Rambut 2024-06-18T08:17:16+00:00Ismail Samsudinismail_sam2002@yahoo.comNorita Ahmadnorita@kkpbe.edu.my
Penekanan terhadap agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) oleh pihak kerajaan adalah bertujuan memastikan komuniti mendapat peluang kemahiran merentasi peringkat umur dan latar belakang pendidikan. Justeru kajian ini adalah berkaitan keberkesanan kolaborasi bersama agensi Hudbaba Barber Academy dalam menjalankan program PSH bagi sub bidang guntingan rambut. Ia di lihat mampu memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan kemahiran yang mampu menjana atau meningkatkan pendapatan. Kajian ini juga adalah untuk melihat faedah jalinan kolaborasi yang dijalankan antara agensi dan institusi. Kaedah kuantitatif digunakan bagi pengumpulan data melalui borang soal selidik secara atas talian. Seramai 31 orang peserta bagi kedua-dua program Asas Guntingan Rambut dan Guntingan Rambut Wanita terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan 94% peserta telah dapat meningkatkan kemahiran guntingan rambut dan 65% peserta berjaya menjana dan meningkatkan pendapatan mereka dalam bidang program yang dihadiri. Disamping itu, majoriti peserta bersetuju mereka mendapat faedah seperti menghadiri kursus dengan harga yang murah, berkongsi kemahiran bersama tenaga pengajar, kelancaran kursus yang dijalankan serta mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi hasil jalinan kolaborasi yang dijalankan bersama syarikat Hudbaba Barber Academy. Diharap jalinan kerjasama seumpama ini mampu membuka mata masyarakat terhadap peranan Kolej Komuniti Paya Besar selaku peneraju institusi TVET dengan pihak agensi iaitu syarikat Hudbaba Barber Academy dalam memastikan kejayaan program kolaborasi yang dirancang.
2024-09-25T00:00:00+00:00Copyright (c) 2024 SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024